Fesyen Terhangat Di Karpet Merah Festival Filem Venice 2024 - Glam Malaysia

Fesyen Terhangat Di Karpet Merah Festival Filem Venice 2024

Festival Filem Venice 2024 telah tiba! Acara karpet merah berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti terkemuka daripada pelakon-pelakon filem “Beetlejuice Beetlejuice” yang tampil menawan dan eksklusif.

Festival Filem Venice yang ke-81 secara rasminya telah bermula. Salah satu festival filem paling berprestij di dunia yang menyambut kecemerlangan filem setiap musim baharu. Acara tahunan ini dimulakan dengan kehadiran pengarah dan pelakon daripada filem “Beetlejuice Beetlejuice” yang dibintangi Jenna Ortega, Winona Ryder dan Catherine O’Hara serta barisan pelakon yang lain. Manakala sorotan lain dalam festival ini turut termasuk filem seperti “Joker: FoliĂ© a Deux”, dibintangi oleh Lady Gaga dan Joaquin Phoenix, “Maria” yang membawa pelakon popular Angelina Jolie dan banyak lagi!

Apa yang lebih menarik pada hari pertama Festival Filem Venice adalah pelakon dan pengarah yang hadir di acara karpet merah nyata mencuri tumpuan dengan fesyen tersendiri mereka. Pelakon serta pengarah daripada filem “Beetlejuice Beetlejuice” mengambil alih pentas karpet merah di Venice. Kehadiran Taylor Russel dalam busana Chanel Haute Couture dari musim 1993 lantas menjadi bualan hangat di media sosial. Tidak kurang dengan penampilan fesyen Jenna Ortega yang hadir dalam busana custom Haute Couture Dior untuk filem perdananya. Turut diperlihatkan juga penampilan Monica Bellucci yang memadankan Vivienne Westwood serta Cate Blanchett dalam busana Giorgio Armani yang cukup mempersonakan.

See also
Aksesori Timeless Karpet Merah

Fesyen Karpet Merah Festival Filem Venice Yang Ke-81

1. Taylor Russel

Foto: Getty Images

Taylor Russel dalam busana Chanel Couture musim bunga 1993 dengan barang kemas Tiffany & Co.

2. Jenna Ortega

 

Foto: Getty Images

Jenna Ortega dalam busana Custom Christian Dior dan kasut Jimmy Choo

3. Winona Ryder

Foto: Getty Images

Winona Ryder dalam busana Chanel Couture.

4. Cate Blanchett

Foto: Getty Images

Cate Blanchett dalam busana Giorgio Armani serta barang kemas Louis Vuitton.

5. Isabelle Huppert

Foto: Getty Images

Isabelle Huppert dalam busana Balenciaga Couture.

6. Monica Bellucci

Foto: Getty Images

Monica Bellucci memadankan Vivienne Westwood bersama kalung Cartier.

7. Catherine O’Hana

Foto: Getty Images

Catherine O’Hana memadankan busana Oscar de le Renta.

8. Sigourney Weaver

Foto: Getty Images

Sigourney Weaver memadankan busana Chanel.

9. Izabel Goulart

Foto: Getty Images

Izabel Goulart memadankan helaian gaun Ermanno Scervino.

10. Zhang Ziyi

 

Foto: Getty Images

Zhang Ziyi dalam busana Armani Privé Couture dan padanan barang kemas Chopard.

See also
Hari Kedua Festival Filem Cannes 2015

Artikel Berkaitan: Scha Alyahya & 9 Lagi Selebriti Bersinar Di Festival Filem Venice 2023