Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III - Glam Malaysia
Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Fesyen Terbaik Di Istiadat Pertabalan Raja Charles III

Lapan bulan selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Raja Charles III akhirnya ditabal menjadi Raja Britain baru pada 6 Mei lalu.

Detik bersejarah Raja Charles yang berlangsung di Westminster Abbey disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi. Ini termasuk pemerintah tersohor dan kerabat Diraja dari seluruh pelosok dunia.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Raja Charles memecah tradisi dengan menggayakan persalinan moden yang ditempah khas untuk istiadat pertabalan. Baginda menyarung tunik berwarna merah, kemeja sutera rona krim dan celana Tentera Laut Diraja. Gayanya dilengkapkan dengan jubah vintaj yang dipakai datuknya, Raja George VI semasa pertabalannya sendiri pada tahun 1937.

Saat dimahkotakan, Raja Charles menyarung gaun putih Colobium Sindonis dan Supertunica emas sebelum dipakaikan Mahkota St. Edward berusia 362 tahun. Baginda kemudiannya meninggalkan Westminster Abbey dengan Mahkota Diraja Negara atau dikenali sebagai Imperial State Crown.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images

Glam himpunkan persalinan terbaik yang digayakan kerabat serta tetamu pada upacara pertabalan Raja Charles yang penuh bersejarah.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse
See also
Agenda Fesyen Kylie Jenner. GLAM Pilih Lima Stail Terbaik

Raja Permaisuri Camilla

Permaisuri berusia 75 tahun ini menyarung gaun putih gading daripada Bruce Oldfield. Ia menampilkan sulaman perak dan emas yang menggambarkan bunga kebangsaan United Kingdom. Penampilannya disempurnakan dengan kalung pertabalan ikonik berloketkan berlian 22.48 karat dikenali sebagai Lahore Diamond. Mahkotanya yang dipakai Permaisuri Mary sewaktu upacara pertabalan Raja George V pada 1911 ditambah berlian daripada koleksi Raja Elizabeth sempena memperingati mendiang ibu mentuanya.

pertabalan raja charles

Foto: Getty Images