Imbas Kembali Fesyen Selebriti di KLFW Tahun Lepas
fesyen selebriti

Debaran #KLFW2023, Jom Imbas Fesyen Selebriti di KLFW Tahun Lepas

Minggu ini bermulanya pesta fesyen tahunan-Kuala Lumpur Fashion Week 2023. Bagaimanakah gaya selebriti yang bakal hadir tahun ini nanti ya? Sebelum itu, jom imbas lima fesyen selebriti yang pernah hadir ke KLFW tahun 2022. 

DAIYAN TRISHA

Daiyan Trisha antara selebriti yang selalu menyokong pereka fesyen tempatan. Dan dia mengambil kesempatan di KLFW 2022 untuk menghadiri beberapa acara fesyen utama, seperti BEHATI, Nurita Harith, Alia Bastamam dan Rizman Ruzaini.

Menariknya, Daiyan bertukar-tukar gaya berpakaian, solekan dan dandanan rambut mengikut ‘vibe’ acara fesyen yang dihadirinya itu. Dikenakan dengan ragam padu padan lainnya untuk setiap keperibadian. Misalnya, di BEHATI, Daiyan menyarung top kebaya nyonya dan seluar batik.

Untuk tampil moden, gaya tersebut dipadankan dengan cermin mata yang edgy dan futuristik. Di acara Nurita Harith pula, Daiyan tampil elegan dengan top lembut dan celana, kemudiannya gaya rambut tocang. One of her best styles last year at KLFW.

SHALMA AINA

Shalma Aina juga hadir memberi sokongan kepada beberapa pereka fesyen tempatan yang mengambil bahagian di KLFW 2022. Seingat saya, Shalma memilih blazer super oversized warna kelabu sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen BEHATI.

Blazer itu dilengkapi dengan but tinggi hitam-disesuaikan dengan gaya peribadi Shalma yang agak experimental. Gaya rambut high ponytail dengan fringe di depan menciptakan statement gaya yang cool.

AINA ABDUL

Aina Abdul membuktikan tiada batasan gaya untuk wanita bertudung. Yang penting perlu ada minat dan tahu apa yang sesuai dengan personaliti. Di KLFW 2022, Aina Abdul antara selebriti yang paling dinantikan kemunculannya.

Setelah muncul mega di BEHATI, Aina Abdul tampil lebih berkarakter dalam persalinan Kit Woo sewaktu menghadiri pertunjukan Kit Woo. Rekaan Kit Woo tersebut menghadirkan unsur dramatis melalui permainan siluet yang puffy.

DATIN ELVINA MOHAMAD 

Datin Elvina Mohamad tampil seksi dalam dress Alia Bastamam sewaktu ke acara Alia Bastamam. Elvina antara selebriti yang ditata gaya oleh pereka Alia Bastamam sendiri. Permainan material pada dress yang disarung Elvina itu dipersembahkan dalam formasi yang menggoda. Dengan potongan yang chic dan feminin. Cuma satu, gaya Elvina itu kelihatan terlalu santai untuk ke fashion show. 

UMMI NAZEERA

Ummi Nazeera memberi satu kejutan buat saya! Penampilannya yang lain daripada gaya kebiasaannya membuatkan saya kagum. Ummi tampil dalam rekaan Kit Woo yang bermain dengan siluet kontemporari. Nyata mencerminkan kemodenan gaya. Proporsi ekstra besar dengan injeksi warna hitam menciptakan satu gaya yang solid. 

Artikel berkaitan: Eksklusif Bersama Andrew Tan, Bicara KLFW 2023