Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris 2024 - Glam Malaysia
Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris

Fesyen ‘Rich and Famous’ Di Minggu Fesyen Paris 2024

Minggu Fesyen Paris menyaksikan kehadiran bintang ternama dalam gaya tersendiri.

Pertunjukan pentas yang bermula pada 26 Februari lalu memperlihatkan koleksi pakaian wanita daripada jenama tersohor seperti Valentino, Stella McCartney dan Dior. Ia berakhir pada 5 Mac 2024.

Dan dari awal hingga akhir, senarai bintang terkenal muncul dalam persalinan memukau mata. Antaranya Anna Wintour, Kim Kardashian dan David Beckham.

Lihat gaya mereka di Minggu Fesyen Paris yang lalu

Kim Kardashian

Bintang realiti dan usahawan ini menggayakan trend mob-wife kala menghadiri pameran Margiela. Fesyen popular di TikTok ini kebiasaannya termasuk kot besar berperincian bulu, aksesori hitam dan cetakan harimau bintang dalam apa jua bentuk untuk kelihatan mewah dan bergaya. Nampaknya Kim berjaya menggayakan trend ini.

 

Naomi Campbell

Supermodel ini menyarung persalinan Roger Vivier yang menampilkan skirt suede, baju mesh dan kot trench stail tuksedo. Bagaimanapun aksesori Naomi yang benar-benar menarik perhatian. Dia menyarung kasut tumit tinggi bertatah kristal, anting-anting berlian dan jam tangan mewah — simbol status pada tahun 2024.

See also
Kim Kardashian Menceritakan Detik Rompakan Di Paris

 

David Beckham

minggu fesyen paris

Wristlet atau klac dengan tali halus yang dipakai di pergelangan tangan popular pada tahun 2010-an. Dan ia mungkin membuat kemunculan semula tahun ini dek pengaruh David. Bekas atlet itu dilihat menggayakan wrislet klasik Hermes bersama persalinan kasual kala menghadiri Minggu Fesyen Paris.

 

Jennifer Lawrence

minggu fesyen paris

Aktres ini membuktikan trend quiet luxury akan terus mekar tahun ini. Setiap orang mempunyai versi tersendiri — daripada memakai simbol status popular seperti minyak wangi mewah kepada menyarung pakaian berjenama yang kelihatan lebih kasual daripada biasa, seperti yang dilakukan Jennifer. Ibu kepada seorang cahaya mata ini hadir ke pertunjukan Dior dalam busana tiga-helai rona kelabu bersama cermin mata hitam dan beg tangan jenama itu.

 

Anna Wintour

minggu fesyen paris

Elemen flora tidak akan pupus ditelan zaman, seperti yang dibuktikan Ketua Pengarang Vogue ini. Dia dirakam menggayakan kot suede hijau berperincian bunga pink dan kuning pada beberapa pertunjukan Minggu Fesyen Paris. Namun ia tidak terhenti di situ. Anna turut menyarung gaun cetakan flora yang dipadankan bersama but merah kundang dan cermin mata hitam.

See also
Gaya Lengan Baru Yang Perlu Cuba

 

Foto: Getty Images

Baca: 10 Gaya Berani Selebriti Di Minggu Fesyen Paris 2024