Erti Romantik Di Sebalik Rona Pilihan Batu Permata DeGem

Erti Romantik Di Sebalik Rona Pilihan Batu Permata DeGem

Detik memilih cincin pertunangan adalah antara perkara yang dinantikan oleh hampir kesemua wanita. Dari segi bentuk, potongan batu permata dan juga kemasan cincin tersebut, segalanya diberi perhatian terperinci. Bagaimana pula dengan rona batu permata itu pula?

Sebagai sebuah jenama yang sedia membantu pasangan meraikan cinta mereka, DeGem kini tampil dengan koleksi Infinity® Precious yang menawarkan pilihan batu permata yang meluahkan pelbagai erti cinta melalui ronanya sahaja. Dari nilam, delima hingga ke zamrud, Infinity® Precious sememangnya menjadi pilihan pasangan moden masa kini untuk meraikan cinta mereka dengan penuh makna.

Klik seterusnya untuk lebih memahami erti di sebalik setiap rona yang ditawarkan oleh DeGem ini:

1 of 3

The Passionate Ruby

Sering dilihat sebagai rona yang berani dan penuh berahi, potongan batu delima juga dianggapa sebagai batu permata paling berharga di dunia. Diberi gelaran Raja Batu Permata ditambah pula dengan rona yang mengagumkan dan kekerasan yang jitu membuatkan delima berada di tangga teratas dibandingkan dengan batu-batu permata yang lain. Batu delima juga melambangkan keghairahan, cinta dan keberanian.

See also
10 Momen Ikonik Billie Eilish Di Permaidani Merah