Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal - Glam Malaysia
ekspedisi gucci

Eksplorasi Gucci Paling Bergaya Dan Praktikal

Mungkinkah Civid-19 akan temui vaksin yang paling mujarab? Jika jawapannya 100 peratus pasti, mungkin kita boleh jalani ekspedisi liburan tahun 2021. Tetapi, pastinya mahukan sesuatu yang unik. Sudah lama terperap di rumah dan hanya lakukan aktiviti di ruang tamu atau bilik. Makanya, adalah wajib untuk kita rancangkan aktiviti lasak dan melaram sehabisnya. Jangan terhadkan hanya bergaya kasual atau polos. Kini aktiviti luar di rimba lebih menyerlah bersama aksesori dan koleksi ceraian ilham Gucci dengan The North Face. Lagak ke hutan tambah lebih cool dengan cara aliran gaya eksplorasi Alessandro Michele di Gucci.

eksplorasi gucci
Kempen The North Face x Gucci

Pemilihan untuk kerja sama The North Face ini adalah untuk membuka pengalaman eksplorasi yang lebih mendalam bersama Gucci. Tidak hanya tertumpu pada kembara hutan atau menjajah gunung tinggi, koleksi ini juga mewujudkan cita rasa harian yang lebih berinovasi. Selari dengan DNA The North Face yang bijak dalam penghasilan barangan berinovasi tinggi sejak jenama ini diperkenalkan pada 1966 di San Fransisco lagi. ;angsung, penghasilan koleksi dua jenama ini adalah sebagai satu medium untuk si pemakai mengenali lebih mendalam tentang diri sendiri. Self exploration kini semakin in, sejak-sejak kita perlu duduk di rumah, bukan? Koleksi penuh di butik pada 8 Januari 2021.

eksplorasi gucci
Gucci mahukan peminatnya mendalami diri dalam koleksi sarat inovasi bersama The North Face

Pautan Berkenaan: Parti Hujung Tahun Gucci Bertema Pejabat Retro

See also
Kisah Cinta koleksi GucciXAriana Papademetropoulos