Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman - Page 2 of 4 - Glam Malaysia

Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

PERKAHWINAN ADALAH PENYATUAN ANTARA DUA CINTA UNTUK BERSATU. SUDAH TENTU, SETIAP PASANGAN MENGIMPIKAN PERKAHWINAN IDAMAN. JALINAN ROMANTIS MENUJU ALAM PERKAHWINAN BERTAMBAH SERI DENGAN KREASI INDAH LAGI VERSATIL “FLEURIT” CIPTAAN DIAMOND & PLATINUM KOLABORASI BERSAMA PEREKA FESYEN LOKAL, NURITA HARITH. 

Diamond & Platinum dan Nurita Harith; dua jenama yang cukup akrab dengan pernikahan. Diamond & Platinum, tentu sahaja menjadi jenama pilihan bakal pengantin dalam mencari koleksi perhiasan diri menawan. Manakala, Nurita Harith, jenama fesyen lokal yang tak dinafikan lagi koleksi busana perkahwinannya menjadi pujaan kebanyakan wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan. 

Bermula dari solekan dan busana yang dipilih, pengantin pasti ingin dilihat menyerlah di hari bahagia. Menyarung barang kemas berlian menzahirkan lagi seri berdaya pikat magis. Oleh itu, buat julung kalinya, kedua-dua jenama tersebut menyatu dalam menghasilkan himpunan berlian dan perhiasan diri terkini dedikasi perkahwinan “Fleurit”. Khususnya bakal pengantin perempuan yang akan meraikan hari terindah dalam hidup mereka. 

Koleksi ini merupakan satu kesatuan antara ‘craftsmanship’ tak tertandingi, rekaan penuh keberanian yang berangkat dari DNA Diamond & Platinum dalam menyatukan keindahan dan kesempurnaan ke dalam perhiasan. Menyandang visi kreatif Nurita Harith sendiri, koleksi ini terdiri dari tujuh citra mahakarya perhiasan yang disematkan bebatuan berlian asli. Ilham perkahwinan memiliki peranan di koleksi ini. Kemegahan cinta sekaligus wanita pemberani menyuntik inspirasi utama. 

Inspirasi keindahan rekaan dan bebatuan menghiasi perhiasan "Fleurit" menambat semangat dan keanggunan dari sekeliling, yang diperkirakan dapat menaikkan seri bakal pengantin. 

Mengetengahkan aliran gaya semula jadi, rangkaian perhiasan ini yang tak terduga reka bentuknya dan merefleksi kekuatan dan keperkasaan wanita dari pelbagai aspek. Boleh dikatakan sebagai tribute kepada keindahan dan kesempurnaan tiada tara. Nyatanya, direka buat bakal pengantin dari pelbagai karakter, yang tujuannya hanyalah satu yakni tampak anggun dan berseri saatnya menuju alam rumah tangga.

Berikut perhiasan yang terdapat di koleksi “Fleurit".

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

ISTIMEWA BUATMU, ANTING-ANTING BERLIAN PETALS CASCADE

Anting-anting berlian Petals Cascade

Di hari istimewa ini, tidak ada salahnya untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa bagi bakal pengantin. Anting-anting berlian bisa menjadi salah satu pilihan. Anting-anting berlian Petals Cascade, sentuhan glamor serta penuh kesan mewah biasa menjadi penyeri busana perkahwinan tidak terlupakan. Reka bentuk anggun, menyemat nada versatil dalam rupa elegan namun klasik. Sentuhan moden yang tersemat turut membentuk alternatif idea gaya harian. Karakter yang versatil membolehkan ia dipakai dengan variasi cara-dari stud kepada anting-anting. 

Petals Cascade terhasil indah dengan emas putih 18K, pasangan ini merangkumi 66 keping berlian bulat berjumlah 1.61 karat.Tidak terlalu menyertakan banyak detail, namun disesuaikan buat bakal pengantin yang akan memilih stail perkahwinan ringkas, misalnya gaun putih polos, gaya rambut diikat kemas-yang akan tampak menyerlah lagi chic jika diserikan dengan anting-anting Petals Cascade. Paling tidak hanya sematan ringkas anting-anting Petals Cascade akan menonjolkan lagi aura mewah secara halus. 

Anting-anting berlian Glim

Anting-anting berlian Glim turut terkandung dalam sifatnya anggun menyala. Bisa menjadi pilihan berlian yang menunjukkan erti kasih sayang anda kepada bakal suami. Yang terinspirasi dari keindahan, bisa bertukar rupa di hari istimewa nanti. Dengan 160 keping berlian bulat, sifatnya versatil boleh bertukar menjadi anting-anting stud atau berjuntai. Keindahan berlian Glim nyatanya berkilau dan tentu sahaja melengkapi apa jua busana perkahwinan pilihan, dari gaun ke dress ‘after-party’. Eksplorasi gaya berada di tangan anda, menunjukkan tanda kasih yang bernilai lebih tentu menambah momen istimewa. 

See also
Busana Mewah Mila Kunis Dalam Jupiter Ascending