Dekati kolaborasi ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 Yang Sensual

Dekati kolaborasi ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 Yang Sensual

ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 merupakan pelancaran antara kerjasama jenama kasut popular New Balance bersama pereka fesyen dari Jepun, Issey Miyake. Sebuah kolaborasi reka cipta kasut yang sungguh sensual dan mobiliti.

Dengan sukacitanya, New Balance telah mengumumkan koleksi kasut terbaru yang merupakan kerjasama bersama Issey Miyake, pereka fesyen mewah Jepun. Koleksi ini adalah gabungan daripada MT10, model klasik siri larian New Balance yang disepadukan dengan reka bentuk serta palet warna ISSEY MIYAKE. Ia merupakan kolaborasi kasut pertama buat kedua-dua label terkenal ini. Di mana, reka bentuk kasut adalah selaras dengan tema koleksi ISSEY MIYAKE Musim Bunga Musim Panas 2024 iaitu ‘natural and honest shape’.

Projek Kerjasama ISSEY MIYAKE Dan New Balance.

Pereka Issey Miyake mempersembahkan koleksi pertamanya pada tahun 1971 dan kini, terus mengibarkan sayapnya dengan membuat kolaborasi bersama jenama setaraf antarabangsa. ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 diilhamkan oleh konsep fizikal sensual dan mobiliti berkaki ayam. Diadaptasi daripada koleksi New Balance MT10 yang merupakan sebahagian daripada ‘Siri Minimus New Balance’. Ia adalah kasut larian denai minimalis yang direka untuk memberikan sensasi berlari tanpa alas kaki. Sambil menawarkan perlindungan dan daya tarikan untuk larian yang terasa ringan serta memberi keselesaan buat pengguna.

See also
New Balance Lancar Koleksi Tahun Baru Lunar 2024

Issey Miyake pula pereka yang handal dalam bekerja secara meluas pada bahan, palet warna serta butiran, meneroka dan memberikan model klasik ekspresi baharu. Reka cipta bahagian atas kasut menggabungkan mesh ringan dengan kulit premium yang lembut. Turut dilengkapi dengan tali kasut nipis seperti tali yang mengimbangi reka bentuk minimalis serta kefungsian yang menakjubkan. Tapak luar direka dengan fokus pada cengkaman dan ketahanan. Ia mempunyai bentuk yang menonjol untuk meningkatkan daya tarikan pada pelbagai tekstur rupa bumi. Tidak kira dalam persekitaran bandar mahupun alam semula jadi. Diperbuat daripada getah oleh Vibram, untuk cengkaman dan ketahanan kasut yang unggul. 

 

Koleksi kolaborasi ISSEY MIYAKE x New Balance MT100 ini didatangi dengan bahagian dalam kasut yang mempunyai logo jenama bersama. Selain itu, koleksi ini juga dilengkapi dengan bekas kasut khas dan kotak kasut asli. Telah pun dilancarkan pada 15 Mei lalu di Jepun, namun ianya bakal dilancarkan pada 14 Jun akan datang di seluruh dunia. Kasut yang direka khas oleh Miyake ini sesuai buat penggemar kasut menginginkan keselesaan. Hal ini kerana reka bentuk keseluruhan kasut adalah ringan untuk mengekalkan sensasi berlari tanpa alas kaki.

See also
Kolaborasi Billie Eilish Dan Nike Buat Air Jordan Vegan