Debut Sekuntum Oleh Sharifah Rose Buat Semua - Page 3 of 3 - Glam Malaysia

Debut Sekuntum Oleh Sharifah Rose Buat Semua

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setelah melalui proses pemeriksaan fabrik secara terperinci, sutera satin matte telah dipilih oleh Sharifah sendiri untuk dijadikan fabrik tunggal koleksi ini. Memandangkan rata-rata tudung hariannya juga berasaskan bahan yang sama, jenis sutera ini juga sudah menjadi kebiasaan buat pelakon jelita ini. Sharifah merasakan faktor kelembutannya memudahkan manipulasi ketika dipakai, selain kelebihannya yang sentiasa terletak elok walaupun selepas seharian di kepala. 

Sekuntum secara rasmi telah melancarkan 6 reka bentuk baharu berharga RM 129.00 pada 22 Februari 2022 lalu di www.sekuntum.com dan di kedai utama eksklusif mereka sekuntum.os di Shopee.