Coco Neige 2021/22 Dibintangi Oleh Jennie Kim - Glam Malaysia
Coco Neige musim 2021/22

Coco Neige 2021/22 Dibintangi Oleh Jennie Kim

Chanel mengumumkan yang Jennie Kim, ahli kumpulan Blackpink sebagai wajah utama bagi kempen terbaru Coco Neige musim 2021/22.

Sejak diangkat menjadi duta buat Chanel, Jennie Kim selalu sibuk dengan acara berkaitan jenama ini. Aktiviti penyeri di acara pertunjukan fesyen Chanel sudah menjadi kebiasaan buatnya. Tetapi yang satu ini adalah paling terbaru buat Jennie Kim. Penyanyi kumpulan Blackpink ini dipilih oleh Chanel bagi menyerikan kempen Coco Neige 2021/22 yang terbaru. Koleksi yang berkisar tentang percutian hujung tahun dengan beraktiviti salji ini cukup dekat dengan Jennie.

Dia berkongsi, sewaktu diberitahu khabar gembira tentang membintangi kempen Coco Neige ini sudah membuatkan dia gembira. “Saya memang sukakan liburan ke gunung salji, apatah lagi bermain sukan musim luruh. I really like how snow just makes you feel. Menyarungkan ceraian ini sudah membuatkan saya siap sedia untuk berski esok!,” kongsi Jennie.

Kempen eksklusif ini dirakam oleh Inez & Vinoodh dalam memberi simbol tentang gaya dan dan semangat kesukanan. Bukan mudah untuk menyajikan ceraian bersifat sukan dengan rasa elegan. “Saya kagum melihat bagaimana Virginie Viard membawa elegan dalam ceraian ski,” kata Jennie. Setiap gaya direka menggunakan fabrik teknikal yang baik dan ditambah gubahan Chanel yang indah.

See also
SERVIS KASUT MADE-TO-ORDER PRADA KINI DI MALAYSIA

Koleksi Coco Neige 2021/22 ini mula menyinggah di butik Chanel bermula 19 Oktober.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

coco neige 2021/22