Use your ← → (arrow) keys to browse
Coach memperkenalkan kempen musim luruh 2022 dengan kerjasama jurugambar Juergen Teller dan artis Mint + Serf.
Coach memperkenalkan kempennya untuk musim luruh 2022 (Coach x Mint + Serf) yang dibuat dengan kerjasama jurugambar Juergen Teller dan duo artistik Mint + Serf. Menampilkan penghias kempen yang terpilih dari ‘street casting’ dan ‘open casting’ yang di salurkan di sosial media Coach, merakamkan detik-detik kasih sayang spontan antara rakan dan kekasih.
Koleksi musim luruh 2022 ini memperkenalkan karya yang dicipta dengan kerjasama Mint + Serf yang dicetak dengan karya seni dan ekspresif kedua-duanya diilhamkan oleh tenaga dan karakter kota New York, kampung halaman Coach. Mint + Serf juga bekerjasama dengan rumah fesyen ini mencipta karya seni asli untuk kempen tersebut.