Christinna Kuan, Hun Haqeem & GUESS - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Christinna Kuan, Hun Haqeem & GUESS

Christinna Kuan, Hun Haqeem & GUESS

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

HUN HAQEEM TAMPIL STYLISH DENGAN GUESS

Dalam salah satu temu bual, Hun menyifatkan pengalamannya menjayakan watak Zamir dalam siri ‘Nenek Bongkok Tiga’ adalah suatu peluang hebat sepanjang menceburi dunia lakonan. Menurut Hun watak yang dibawanya itu lebih berat berbanding dengan watak-wataknya yang pernah dibawa menerusi drama-rama rantaian televisyen. 

Sempat saya bertanya kepada Hun, “Apakah stail peribadi Hun yang sebenar?” Jawabnya, “Hun sukakan stail yang ringkas tetapi ada statement. Something yang selesa. Dan ada kalanya, Hun suka cuba stail yang lain daripada yang lain. Hun juga suka pakai denim.” 

Stail peribadi Hun menepati taruhan gaya GUESS. Busana berbahan denim pun terlihat pada celana dan atasan dalam bentuk yang lebih beragam seperti, jaket dan seluar. Untuk gaya ‘cool’ dan nyaman, Hun memadankan seluar denim dengan T-shirt berlogo yang ringkas. Cukup sekadar bercelana denim dan T-shirt, ia sudah memberi statement gaya, apalagi potongan fit baju-menyerlahkan lagi bentuk tubuh Hun. Rujukan gaya ini sesuai buat lelaki penyuka gaya simple, relaks dengan sentuhan gaya asli Americana. 

Buat penyuka stail lain, terlihat koleksi pakaian lelaki yang lebih bold dan berani dalam koleksi musim ini. Anda pun masih dapat memadu padankan busana dari koleksi baru ini dengan helaian dari GUESS anda yang sebelumnya. Seluar denim potongan slim fit seperti yang dipakai Hun, boleh sahaja dipadankan dengan atasan lain, seperti kemeja bercorak, tank top putih atau baju lengan panjang. 

Musim ini, GUESS memilih untuk mendefinisikan semula model beg tote dalam desain inovatif. Dengan desain kukuh, siluet ringkas dan kepraktisan dalam bergaya, beg tote yang digayakan Hun menjadi jawapan atas keinginan kaum lelaki alfa untuk menjinjing satu tas yang ringan lagi praktikal sehingga mampu mengakomodasi segala kebutuhan. Selain untuk tujuan beg harian, boleh juga dibawa kala kembara. 

Semak koleksi GUESS yang baru di www.guess.my atau kunjungi butik terdekat GUESS.

Artikel berkaitan: GUESS Hadirkan Koleksi Musim Panas 2023, Sentuhan Klasik Untuk Padu Padan Stylish