Kempen Seni Artistik Burberry - Glam Malaysia

Kempen Seni Artistik Burberry

Burberry mencipta satu lagi sejarah baru dengan kempen pemasaran terbarunya yang meraikan seni artistik dan kreativiti berteraskan British. Kempen terbaru ini menggabungkan illustrasi asal pelukis British, Luke Edward Hall dan potret dari jurugambar masyhur, Mario Testino.
 
Kempen ini menyatukan semula ‘wajah’ Burberry terdahulu yakni model, Eddie Campbell dan pelakon, Callum Turner. Bersama-sama dengan karya seni artistik dari Luke Edward Hall, kempen ini meraikan koleksi menswear dan womenswear yang mengetengahkan sebilangan item ikonik Burberry termasuk trench coat dan beg patchwork.
 
Eddie Campbell dan Callum Turner Bersatu Semula

Eddie Campbell dan Callum Turner bersatu kembali untuk kempen kedua mereka bersama Burberry. Kempen ini menandakan tahun ke-10 sejak Eddie Campbell membuat debut untuk Burberry. Sejak itu Campbell sering menampilkan diri di setiap kempen Burberry dan terkini dia tampil untuk membuat pertunjukan pembukaan untuk koleksi wanita jenama itu pada Februari 2016 di London Fashion Week.
 
Sejak tampil dalam kempen Burberry pertamanya pada 2011, Callum Turner telah menerima BAFTA Breakthrough Brits Awards dengan perkongsian bersama Burberry. Anugerah yang merupakan satu inisiatif untuk menyokong masa depan bintang di UK di dalam bidang perfileman, televisyen dan permainan. Selain itu, dia turut membintangi filem termasuk ‘Queen & Country’, ‘Viktor Frankenstein’, siri televisyen, ‘War & Peace’ dan bakal muncul dalam filem ‘Assassin Creed’.
 
Karya Luke Edward Hall

See also
Putera Harry Memerlukan "Slip Kebenaran" Untuk Berkahwin Dengan Meghan Markle

Kempen terbaru Burberry ini turut menyaksikan potret asal dan illustrasi still life yang dihasilkan oleh Luke Edward. Karya yang menghidupkan lagi warna, corak dan tekstur di dalam koleksi Burberry ini menggunakan campuran teknik dan bahan termasuk cat air, kapur, minyak pastel dan arkilik. Edward juga melukis tangan latar belakang untuk beberapa imej kempen- menggabungkan lukisan kabur dan fotografi buat kali pertama dalam kempen Burberry.
 
Hasil karya Edward bakal di pamerkan di Burberry 121 Regent Street dari 11 Jun hingga akhir bulan.
 
Mario Testino

Marino Testino dianggap secara meluas sebagai salah seorang jurugambar potrait zaman ini dan telah lama bekerjasama bersama Burberry, shooting untuk kempen Burberry selama 15 tahun. Burberry adalah antara penyokong pameran Mario Testino termasuk Mario Testino: In Your Face (Sao Paulo, 2014), Private View (Beijing, 2014) dan Potraits (London, 2002).
 
Koleksi Kempen Burberry

Pameran kempen ini menampilkan koleksi pakaian lelaki dan wanita dan pertama kali menggunakan label single ‘Burberry’. Koleksi kali ini menampilkan penggunaan campuran corak dan tekstur yang diilhamkan dari artis British, pemuzik dan sejarah. Antara koleksi yang dipamerkan ialah Patchwork bag, outerwear style termasuk military coat dan the iconic heritage trench coat dan buckle boots untuk wanita.
 
Something Old, Something New, Something Borrowed, Something Blue

Di perkenalkan pada January 2016 di pameran Burberry di London. Koleksi pakaian lelaki ini menampilkan outerwear termasuk trench coats, topcoats, duffle coats, military pea coats and parkas,  yang direka semula untuk bersantai di hujung minggu dan koleksi ini juga memperkenalkan rekaan beg baru, The Satchel bersama reka bentuk kasut baru, The Driver dan The Derby.
 
Koleksi Wanita Berinspirasikan Patchwork

Dipamerkan di London Fashion Week pada Februari 2016, gabungan corak dan tekstur koleksi ini dinspirasikan dari artis British, pemuzik dan sejarah.
 
The Patchwork 

Dipamerkan bersama koleksi womenswear Februari 2016  di London Fashion Week, direka khas dengan lima ilustrasi berbeza oleh Luke Edward. Setiap lukisan mencerminkan setiap individu dan ciri-ciri unik yang dimiliki. Setiap beg dinamakan dengan bandar, jalan atau kampung di British. Beg ini dihasilkan daripada campuran fabrik dari klasik House Check kepada kulit ular berkilat dan lembut English Suede.
 
[soliloquy id="48183"]
[soliloquy slug="burberry-campaign"]

See also
Made In Malaysia