Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias

Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

KONGSIKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI TERBARU TERUNTUM PUTIH?

Koleksi Perkahwinan 2023 yang kami akan lancarkan ialah rekaan ‘ready to wear’ untuk pre-order. Koleksi ini akan menampilkan rekaan dengan rekaan yang minimalis mengikut kesesuaian dan gaya untuk setiap rekaan. 

CABARAN TERBESAR MENGUKUHKAN JENAMA TERUNTUM PUTIH?

Terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi. Antaranya kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang ini. Kekurangan graduan yang mahir dari segi desain dan pekerja yang boleh menghasilkan baju dan detailing. 

Cabaran lain ialah terdapat lambakan jenama lain yang sering kali meniru rekaan terbaru yang telah dilancarkan. Dan menghasilkannya dengan kuantiti ‘mass production’ dan menjualnya dengan harga yang lebih murah. 

BAGAIMANAKAH RIDZUAN MENCARI INSPIRASI?

Inspirasi di sebalik setiap rekaan adalah datangnya dari permintaan dan maklum balas pelanggan kami sendiri. Dan saya akan cuba mengolahnya mengikut trend semasa, selain menitikberatkan kekemasan ‘detailing’ dan kelainan dalam setiap rekaan. 

APAKAH PERANCANGAN TERUNTUM PUTIH DALAM MASA YANG TERDEKAT?

Perancangan kami adalah untuk menghasilkan koleksi kasual. Kami juga merancang untuk menghasilkan aksesori rekaan sendiri seperti beg tangan dan kasut untuk melengkapi jenama ini. 

SIAPAKAH ‘MUSE’ TERUNTUM PUTIH?

Buat masa ini kami tidak memiliki ‘muse’ yang spesifik. Kami terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis tempatan dan luar negara. Dan juga jenama-jenama lain. 

Layari laman web & Instagram Teruntum Putih

Artikel berkaitan: Cuti-Cuti Raya, Tiga Beg Kembara Perlu Bawa