BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic - Glam Malaysia

BONIA X Nuxe, Masanya “GLOWING” Bersama Tas Mirror Micro yang Chic

LENGKAPI GAYA ANDA DI MUSIM AKHIR TAHUN INI DENGAN KOLEKSI TERBARU DARI BONIA X NUXE. SET BINGKISAN “GLOWING STAR HOLIDAY” YANG MENAWARKAN SELEKSI TAS BONIA DAN RANGKAIAN PRODUK KECANTIKAN NUXE. 

Tak hanya menang gaya, rias dan penjagaan wajah sewaktu musim perayaan wajar diutamakan. Dalam sibuk menata gaya, usah lupa pada penjagaan wajah agar kekal sihat dan bermaya. Menyahut cabaran ini, BONIA bersama jenama kecantikan Perancis, NUXE bekerjasama untuk menghadirkan set bingkisan “Glowing Star Holiday” yang cukup istimewa. 

Set hadiah percutian tersebut diilhamkan oleh rona berlian yang mewah, juga berkilau, yang mana sinonim dengan suasana musim perayaan khasnya. Set eksklusif ini menampilkan siri beg mikro Mirror edisi terhad BONIA, yang mengolah beg silang mini Top Flap Saône (yang mula menjadi pilihan ramai) kepada reka bentuk yang lebih kecil. Diperindahkan dengan cetakan monogram ikonik BONIA pada permukaan kulit metalik. 

Menciptakan sebuah koleksi yang moden, namun klasik pada reka bentuknya. Memberi opsyen gaya yang pelbagai, apalagi untuk tampil ‘stylish’ sepanjang musim perayaan ini. Misalnya, gaya ke parti akhir tahun pasti bertambah hangat, dengan membawa tas dari koleksi BONIA kali ini. Lebih eksklusif, set ini dilengkapi dengan koleksi Huile Prodigieuse® yang menyerlahkan NUXE. Menaruhkan set lengkap yang disesuaikan karakter desain tiap wanita masa kini. 

See also
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017 Day 2!

Set hadiah “Glowing Star Holiday” dibungkus di dalam kotak edisi khas yang menakjubkan dan didatangkan dalam tiga warna pilihan; Platinum, Rosé dan Aquamarine. Setiap set dijual pada harga RM899. 

Koleksi The ‘Tis’ The Season to Shine kini mula dijual di seleksi butik BONIA dan online. 

Artikel berkaitan: UNIQLO X MARNI 22F/W, Sorakan Warna Tanpa Batasan