Use your ← → (arrow) keys to browse
Lokasi Cannes sarat glamor dengan kehadiran para selebriti antarabangsa. Festival Filem Cannes 2023, acara penuh tetamu dari pelbagai bidang yang terus menyuguhkan pilihan gaun terbaik di hadapan umum. Kemunculan bintang-bintang muda dalam pilihan stail terbaik memeriahkan lagi anjuran festival berprestij tersebut.
SYDNEY SWEENEY
Sydney Sweeney merupakan pelakon muda masa kini yang paling hangat. Hadir ke Cannes 2023 untuk menghoskan majlis makan bersama Miu Miu. Dandanan rambut Sweeney seperti gaya ikonik Brigitte Bardot. Berpadanan dengan dress bertali Miu Miu warna biru lembut. Penampilan Sweeney benar-benar menggambarkan ‘blonde bombshell’.
Penampilan Maya Hawke di Cannes 2023 cukup unik. Penuh dengan karakter juga ketersendirian. Memilih busana Prada, membuat kesan tampilan moden sekaligus klasik. Sesuatu lain daripada yang lain. Maya tampil ‘extra’ glamor dengan paduan perhiasan mewah Chopard.
LILY ROSE-DEPP
Pelakon muda ini hadir melewati karpet merah Cannes 2023 adalah untuk mempromosikan drama ‘The Idol’. Cukup chic dan playful dalam dress mini Chanel. Lily merupakan gambaran sempurna inspirasi fesyen masa kini.