‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V - Page 7 of 7 - Glam Malaysia

‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

Baru-baru ini, pendedahan laporan antarabangsa berkaitan perkahwinan dan seterusnya kelahiran cahaya mata Sultan Muhammad V bersama isterinya Rihana Oksana Petra mendapat perhatian umum. Malah, Rihana atau nama sebenarnya Oksana Voevodina secara rasminya berkongsi gambar kelahiran cahaya mata pertama mereka yang lahir pada 21 Mei yang lalu di laman Instagramnya, walaupun belum ada kenyataan rasmi dari pihak Sultan Muhammad V atau pihak istana sendiri.

Dan baru-baru ini berdasarkan perkongsian Rihana, Rihana nyata kini dilamun bahagia bersama suami tersayang malah turut berkongsi detik perkenalan bersama Sultan Muhammad V, apatah lagi dirinya mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.

Namun, berdasarkan laporan di media bertarikh 20 Julai, Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Apa-apa, semoga tabah buat kedua belah-belah pihak.Tanpa membuang masa, jom kita rekap kisah cinta mereka berdua melalui perkongsian Rihana di laman Instagramnya @rihanapetra.

7 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Saya sedang menulis dan saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir…dan saya rasa tidak perlu untuk menahannya, kerana ia adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran! Saya masih tidak percaya yang saya menerima bergitu banyak mesej yang baik daripada anda semua. Daripada seluruh pelusuk dunia! Dan sudah tentu saya mahu beritahu kepada semua rakyat Malaysia: anda semua berjiwa besar, kerana menerima dan menyokong saya – seorang wanita dari negara asing dan membesar dengan budaya berbeza. Saya sangat bangga darah Malaysia mengalir dalam anak saya dan saya akan lakukan apa sahaja untuk dia membesar selayaknya dengan kasih anda semua. Dalam hidup saya, saya terpaksa menghadapi pelbagai jenis kejahatan, tipu daya dan hasad dengki. Tetapi anda meyakinkan saya bahawa masih ada kebaikan di dunia ini. Kalaulah saya berpeluang, saya mahu memeluk anda semua dengan kegembiraan . Sokongan dan dorongan anda semua amat berharga bagi saya. Mesej masuk tidak henti-henti, saya akan terus berkongsi kisah hidup saya dengan ikhlas dan jujur. Semoga Allah memberkati anda semua, kawan-kawanku!
P.S. Hari ini genap 2 bulan umur Leon. Terus membesar dan bahagia si cilik duniaku.❤️

See also
GLAM FIRST: Valentino Des Ateliers

Sumber: Instagram @rihanapetra