Beg Tangan FURLA , Membawa Sprit Baru - Glam Malaysia
Beg Tangan Furla , Membawa Sprit Baru

Beg Tangan FURLA , Membawa Sprit Baru

Koleksi Furla Pre-Fall 21 menghadirkan rangkaian koleksi tas dan aksesori yang membawa spirit baharu. Menyampai satu penghormatan kepada kraf Itali, juga merayakan ketukangan warisan rekaannya. 

furla

 

Sejumlah aksesori bersiluet moden, dan berkualiti tinggi dengan perincian buatan tangan yang halus, tenunan kulit dan kemasan yang indah, mewakili identiti Furla dengan sempurna. Identiti Itali yang jelas dan sejarah 90 lebih tahunnya, namun sentiasa ke hadapan. Dedikasi generasi Z, koleksi ini menampilkan pelbagai gaya beg baharu yang lebih kecil, multi fungsi, yang bisa dijadikan aksesori terbaik sepanjang masa. 

Hampir keseluruhan rangkaian dilengkapi tali bahu berfabrik, yang meningkatkan keselesaan dan memudahkan pemakai membawanya. Sudah tentu butiran tersebut menjadi kesukaan anak muda. Warna-warna terang menyemarakkan koleksi dan melambangkan keseronokkan dan ceria kala berfesyen. 

Koleksi ini terbahagi kepada tiga gaya utama:

 

INSPIRASI 90-AN

Rekaan dari rangkain ini luar biasa dalam kesederhanaannya yang elegan, estetika yang diilhamkan arkib jenama 90-an, namun diberi ‘twist’ pada perincian yang berani, seperti tenunan makro, elemen logam yang bold dan corak cetakan reptilia baharu. 

See also
Kendall Jenner Wajah Baru La Perla

Beg Furla Moon pula beg multifungsi bersaiz kecil buatan kulit anak lembu Roma. Kemasannya yang licin, beg ini lembut pabila diapit bawah lengan, juga boleh disilang pada bahu jika tali logam beg tidak ditanggalkan. 

Rangkaian beg Furla Essential pula merangkumi beg silang cross-body dan klutch mini yang bermutu. Variasi gaya boleh dipadankan dengan beg-beg dari Furla Essential. Reka bentuk yang klasik, namun terlihat moden pada ilham yang memaut. 

 

MODERN HERITAGE

furla

Dari rangkaian ini, GLAM cukup tertarik pada tas Furla Lipari. Reka bentuk dan perincian yang terdapat pada Furla Lipari mendefinisikan kecemerlangan warisan ketukangan Furla. Menghadirkan beg yang klasik, reka bentuk unik ‘bucket’ yang dilengkapi perincian lengkungan Furla dan cangkuk. Diperbuat daripada material kulit Roma yang lembut, atau tenunan kulit makro yang menonjol. Atau tampil chic dalam raffia yang tampak ringkas bergaya. Furla Code Lace dan Furla Net- memiliki rupa yang bermacam-macam yang kreatif sehingga memberikan keunikan tersendiri dan koleksi beg tangan musim baharu ini. 

See also
Clash de Cartier : Cita Rasa Dua Karakter Berbeza, Satu Rekaan

 

#FUNFURLA & COLORS 

furla

 

Beg Furla yang ikonik, Furla Metropolis, hadir dalam bentuk segi empat sama yang klasik, dalam versi bulat yang lebih baharu dan sebagai cross-body mini. Disunting warna-warna cerah dan nyaman, dilengkapi dengan perincian manik-manik buatan tangan dama warna mono atau jaluran yang menyerupai gelang tangan kanak-kanak. Tampil fun dengan beg tangan Furla Metropolis.

Rangkaian beg tote Furla Opportunity juga pilihan bijak untuk gaya segar sempena musim baru. Palet warna cerah menghiasi tas yang mungil dan praktikal dengan pemegang yang khusus. Aksesori yang tepat untuk menamni anda saat bersantai atau berlibur. 

Artikel berkaitan: Semangat Sukan #MKGO, Koleksi Pilihan Semarak Gaya Musim Luruh