Beg Tangan Andalan Sharifah Rose Yang Stylish & Chic
Sharifah Rose

Lima Beg Tangan Andalan Sharifah Rose

Sharifah Rose terkenal dengan penampilan yang sopan, namun stylish dan subtly feminine. Ajnas inspirasi gaya yang boleh dirujuk dari Rose. Beg tangan pula merupakan aksesori utama melengkapi gayanya. Intip lima beg tangan andalan Sharifah Rose. 

LONGCHAMP

Identiti gaya dan desain Longchamp serasi dengan keperibadian Sharifah Rose. Longchamp terkenal sebagai pengeluar tas kulit elegan dan playful dengan craftsmanship premium yang dapat menjamu mata.

Di Instagram Rose, dia ada berkongsi gambar OOTD yang menyandang beg tangan andalan Longchamp rona hijau. Ukuran medium dan sesuai dengan stail Rose. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Rose menyambut musim bunga melalui kemeja putih dan skirt floral serta sandingan beg Longchamp. Gaya tersebut boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang bakal pergi bercuti. 

 

COACH

Beg tangan Coach Pillow Tabby terbukti sebagai aksesori terhangat. Kerana ramai anak muda yang gilakan Coach Pillow Tabby. Termasuklah Rose. Rose pernah memberitahu saya, dia cukup sukakan Pillow Tabby.

Rupanya yang fun lagi menawan menjadi sebab Rose senang membawa Pillow Tabby kemana-mana. Walaupun ukurannya mini, namun ia merupakan satu beg tangan yang praktikal. Dan interpretasi siluet segar dengan pilihan warna yang ceria. 

KATE SPADE NEW YORK

Untuk penampilan yang semi formal, Rose sering diperhatikan menyarung blazer besar dengan celana atau skirt denim. Sangat chic. Dipadankan pula dengan beg bahu Kate Spade New York warna hitam. Mengusung kenyamanan gaya dan praktikal optimal sekaligus tampil penuh pernyataan. Beg Kate Spade New York itu menyorot wujud aksesori asas yang menjadi must-have items setiap wanita. 

FENDI

Baru-baru ini, Rose dirakam membawa beg tangan terbaru FENDI iaitu FENDI C’Mon. Baru sahaja berada di pasaran, Rose sudah pun memilikinya.

Memikat dan dengan detail yang klasik, dengan suguhan bernuansa musim luruh, lengkap dengan tali beg yang berkualiti. Hadir dengan dimensi luas yang dapat memenuhi setiap keperluan Rose. Pemilihan beg tangan ini membuktikan Rose semakin matang dalam pemilihan gaya. 

DIOR

Beg tangan Dior juga antara kesukaan Rose. Rose membawa beg tangan Dior dengan idea gaya berseluar denim dan kemeja kapas serta tudung bermotif untuk impresi yang lebih santai.

Dan Rose tampil ‘dress it up’ dengan aksesori Dior tersebut dengan cara menyilang rantai beg sebagai perhiasan statement untuk mengelevasi penampilan kasual tersebut. Trik gaya yang betul-betul menjadi! 

Artikel berkaitan: Ini Era Sharifah Rose