Use your ← → (arrow) keys to browse
Balenciaga menjual ‘beg sampah paling mahal di dunia’ dengan berharga RM8,000!
Balenciaga sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila melancarkan koleksi terbaharunya berupa ‘beg sampah’ dengan harga yang tidak masuk akal. pada harga AS$1,790, hampir sekitar RM8,000.
Beg cerut berkilat yang menyerupai plastik sampah murah itu diperbuat daripada kulit anak lembu, dihiasi dengan logo halus dan didatangkan dalam empat warna iaitu hitam, kuning, putih dan biru. Ia adalah sebahagian daripada koleksi musim luruh yang dipamerkan pada pertunjukan fesyen Paris, Mac lalu.