Beg 16 Nombor Keramat Ilham Hedi Slimane Buat Celine - Glam Malaysia
beg 16

Beg 16 Nombor Keramat Ilham Hedi Slimane Buat Celine

Pertama kali beg 16 ini menemui mata-mata fesyen adalah ketika Lady Gaga menggendongnya. Kemudiannya terlihat pula Angelina Jolie membawa beg yang sama dalam rona coklat. Sejak dia muncul dalam pasaran, beg 16 oleh Celine ini menggapai status klasik moden tersendiri. Ia adalah beg pertama yang direka oleh Hedi Slimane buat Celina. Rekaan yang lahir pada hari pertama Slimane masuk pejabat utama Celine yang terletak di 16, Rue Vivienne. Ia bagaikan satu penghormatan fesyen Slimane buat jenama cool asal Paris. Beg ini baru dikira baby dalam arena It-Bag namun, tiga tahun sahaja ia menjadi lambang status klasik moden dan kini terus diraikan dalam variasi pelbagai.

beg 16
Kempen beg 16 mucim bunga 2021

Ketika debut beg ini Ketua Eksekutif Celine menyifatkan yang Slimane bijak memperkasakan hasil kerjatangan artisan Celine. Pengarah Kreatif Celine ini mengembalikan rekaan beg-beg Celine pada era 60-an. Hujung beg direka lebih melengkung. Slimane juga bijak mengekalkan rekaan minimalist yang mana menjadi DNA rumah fesyen ini. Melangkah masuk musim bunga 2021, Hedi Slimane memperkenalkan Celine 16 strap. Ia adalah tali yang diperbuat menggunakan wool dan ditambah perincian kulit pada kedua-dua hujung tali. Lebih ikonik dengan gancu hujung tali ini pula direka dalam logo C untuk mengcangkuk beg. Ia memberi gaya lebih versatil pada beg ini. Bisa diletakkan pada bahu atau silangkan talinya melingkari badan.

See also
Balenciaga Menjual Beg Shopping Bernilai $1,100

Pautan Berkenaan: Lisa Blackpink Adalah Wanita Tercantik Di Asia, Ini Fakta Mengejutkan Tentang Dirinya