Beauty and The Beast Diberi Sentuhan Fesyen Christopher Kane
Foto: Jack Davison
Pereka fesyen dari London Christopher Kane telah mendedahkan koleksi kapsulnya hasil kerjasama dengan Disney untuk menarik minat dunia fesyen pula.
Koleksi kapsul yang terdiri daripada 34 ceraian mewah untuk wanita dan lelaki itu juga merupakan satu koleksi yang eco-conscious yang terdiri daripada kemeja-T dengan ros merah ikonik filem tersebut sehinggalah ke kot sutera.
[envira-gallery id=”63625″]
Koleksi ini juga bukan apa yang anda jangkakan untuk kolaborasi bersama Disney. Kane memberikan sentuhan peribadinya kepada tema Beauty and the Beast dengan rupa dan gaya yang lebih kepada high fashion.
[envira-gallery id=”63626″]
Sebagai peminat filem-filem Disney sejak kaecil lagi, Kane sudah lama ingin menghasilkan satu koleksi dengan interpretasi moden kepada watak Puteri Disney.
[envira-gallery id=”63627″]
“Saya memang sukakan Disney sejak kecil dan semua filem klasiknya terutamanya Beauty and the Beast. Filem ini mempunyai tema dan cerita yang bagus, dengan watak-watak ikonik dan suara watak wanita yang kuat. Melihat kembali musim-musim sebelum ini, arkib kami sarat dengan elemen yang datang dari Beauty and the Beast dan kami sangat diinspirasikan oleh suasana dan mood filem tersebut,” terang Kane.
Kane juga memastikan untuk memberi fokus yang lebih kepada motid-motif yang terdapat dalam filem tersebut dan cuba untuk tidak menghasilkan semula gaya-gaya yang terdapat dalam filem tersebut.
Koleksi ini boleh didapat di kedai flagship mereka di Mount Street, London dan juga kedai-kedai seperti Selfridges, Isetan, dan The Webster. Anda juga boleh mendapatkan koleksi ini di christopherkane.com.