Barang Kemas Ikonik Permaisuri Diraja Malaysia
Selongkar dan selidik perincian dan desain barang kemas ikonik Tiara Diraja Permaisuri Melayu
Raja merujuk kepada seorang penguasa tertinggi atau kepala suatu negara atau kerajaan. Seorang raja memiliki kekuasaan politik dan seringkali dianggap sebagai simbol tertinggi dalam sistem pemerintahan monarki. Raja juga mempunya isteri dengan gelaran permaisuri. Selain peranan selaku wakil rakyat dan sumber inspirasi kepada rakyat pastinya permaisuri mempunyai barang kemas ikonik tersendiri.
Permaisuri dalam Bahasa Melayu merujuk kepada isteri atau pasangan seorang raja atau sultan. Permaisuri memiliki kedudukan yang tinggi dalam hierarki kerajaan dan memiliki peranan penting dalam upacara-upacara kenegaraan atau kegiatan sosial. Gelaran “permaisuri” digunakan untuk menyatakan status rasmi sebagai isteri penguasa tertinggi dalam sistem monarki. Permaisuri memiliki tanggungjawab untuk mendukung tugas-tugas kerajaan, terlibat dalam kegiatan amal, dan menjadi perwakilan sosial yang penting. Gelaran ini mempunyai beberapa variasi di pelbagai negara atau wilayah yang memiliki tradisi monarki, dan istilah yang setara digunakan, seperti “ratu” atau “queen” dalam Bahasa Inggeris.
Itu serba sedikit pengenalan dan pencerahan mengenai maksud dan tugas seorang raja dan permaisuri. Namun, apa yang lebih menarik pada artikel kali ini GLAM akan bawa anda semua untuk mengenali perhiasan dan warisan negara iaitu Mahkota Diraja Melayu.
5 TIARA IKONIK PERMAISURI DIRAJA MALAYSIA
Tiara adalah perhiasan kepala yang khusus dikenakan oleh seorang permaisuri. Tiara ini adalah simbol kemuliaan dan status tinggi dalam hierarki kerajaan. Setiap tiara permaisuri memiliki desain dan hiasan yang unik, mencerminkan keindahan dan keanggunan yang diinginkan si pemakai. Tiara Permaisuri biasanya lebih besar dan lebih mewah daripada tiara biasa serta dihiasi dengan batu permata berharga seperti berlian, zamrud, atau mutiara. Desain tiara dapat mencerminkan gaya dan kebudayaan dari kerajaan tempat permaisuri tersebut bertakhta. Penggunaan tiara permaisuri biasanya dipakai di acara rasmi, seperti upacara rasmi negara, pernikahan, atau peristiwa kerajaan yang lain.
I) TIARA GENDIK DIRAJA: ISTERI YANG DI-PERTUAN AGONG
Sumber imej dari Google
Tiara Gendik Diraja adalah sejenis perhiasan diraja yang agak unik. Ia tidak dimilik mana-mana Keluarga Diraja Malaysia. Ini adalah Tiara Negeri bagi Raja Permaisuri Agong Malaysia. Raja Permaisuri Agong adalah isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Yang di-Pertuan Agong secara formal dipilih untuk satu tempoh lima tahun daripada sembilan pemerintah Raja Malaysia, yang membentuk Majlis Raja-Raja. Dengan kata lain, ini adalah tiara yang paling banyak digunakan oleh permaisuri di Malaysia. Tiara ini telah dipakaikan di kepala 14 ratu yang berbeza. Desain gendik diraja ini mengutamakan reka bentuk Islam dan mengutamakan kemulian seorang permaisuri yang merupakan tulang belakang kepada seorang raja.
II) TIARA RAJA PERMAISURI TUANKU BAINUN PERAK
Sumber imej dari Google
Tuanku Bainun sering dilihat memakai tiara ini dalam pelbagai majlis dan secara tidak lagsung mencuri tumpuan. Tiara ini diperbuat daripada berlian dan platinum. Dibuat di Hong Kong sekitar tahun 1960. Tiara ini dihiasi dengan 312 batu berlian dan di meterai menggunakan platinum. Tiara ini mempunyai reka bentuk yang simple dan unik. Tiara berlian ini dipakai oleh Tuanku Bainun semasa ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Tiara ini kemudian berpindah milik ke Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim
III) TIARA BERTATAH BERLIAN DULI YANG MAHA MULIA TENGKU AMPUAN SELANGOR
Sumber imej dari Google
Tiara bertatah berlian ini memiliki desain moden dan kelihatan berkelas apabila dipakai. Dengan rekaan yang bersifat minimal menyerikan lagi si pemakai. Tiara Bertatah Berlian ini dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Selangor ketika majlis rasmi Istiadat-istiadat Diraja seperti Istiadat Santapan Diraja, Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat dan Istiadat-istiadat lain. Tiara ini kemudian di pakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin
IV) TIARA DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH JOHOR
Sumber imej dari Google
Menampilkan tujuh elemen berlian yang indah dengan berlian yang bersinar daripada Bulan Sabit pada dasar gulungan berlian, menghormati desain Bendera Negeri Johor yang menampilkan bulan sabit Islam dan bintang. Asal usul tiara ini tidak diketahui tetapi kemungkinan besar dicipta pada separuh kedua abad ke-19 oleh Benson’s di London seperti yang ditemui oleh Beth yang menakjubkan. Pada tahun 2015, Tiara ini diperkenakan semula apabila Ratu Zarith Sofiah memakai Tiara tersebut dalam Majlis Makan Malam yang diadakan selepas Istiadat Penobatan suaminya, Sultan Ibrahim, sebagai Sultan Johor. Oleh yang demikian ia merupakan peristiwa yang menarik kerana pada saat itu kita dapat lihat Tiara itu dipakai secara umum oleh DYMM Ratu Zarith Sofiah, walaupun tidak dapat disangkal bahawa warisan yang menakjubkan ini akan terus dipakai untuk beberapa tahun lagi! Tiara ini mempunyai sejarah yang hebat dan telah diturunkan daripada generasi ke genari yang bermula dengan Sultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abdul Majid hinggalah ke Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah.
V) TIARA BERLIAN PERMAISURI AFZAN PAHANG
Sumber imej dari Google
Dengan menampilkan lambang Pahang Darul Makmur dengan emas di dalam bingkai berlian moden, Tiara Negeri Pahang dicipta pada tahun 1974. Pemakai pertama Tiara Negeri Pahang adalah Tengku Ampuan Afzan dari Pahang, ibu mertua kepada Ratu Azizah. Tiara ini pertama kalinya mempunyai versi yang lebih kecil sebelum menukar desain kepada tiara yang terkini bersesuaian dengan pemodenan arus dan perkembangan semasa. Desain tiara ini mencuri tumpuan dengan perincian halus elemen Negeri Pahang yang dimasukkan dalam tiara ini. Ukiran yang menjalar dari bahagian tengah ke luar tiara ini membuktikan kehalusan dan ketelitian pembuatan tiara ini.