Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna - Glam Malaysia

Balenciaga Summer 25 Menyajikan Pementasan Fesyen Adaptasi Memori Demna

Balenciaga Summer 25 Show mengambil alih Kota Paris dengan pertunjukan fesyen di atas landasan meja jamuan sepanjang 47 meter, bersempena Koleksi Musim Bunga/Musim Panas oleh Demna yang cukup unik.

Pertunjukan koleksi Balenciaga Summer 25 bersempena Musim Bunga/Musim Panas adalah seni reka oleh Demna dengan suntikan elemen DNA jenama ini. Berlangsung ketika di Minggu Fesyen Paris, pementasan itu dihadiri oleh barisan hadapan termasuk Anna Wintour, Lindsay Lohan, Emma Roberts, Bill Skarsgård dan Katy Perry diikuti oleh editor dan media serta VIP. Kesemuanya duduk di sekeliling meja makan kayu yang digilap sepanjang 47 meter yang amat luar biasa. Ia diadaptasi daripada memori Demna di mana pada awalnya, kegiatan fesyen Demna bermula hanya di meja dapur dan kini menjadi realiti buat dirinya.

“Kenangan awal saya tentang fesyen bermula dengan saya melukis rekaan pada kadbod, memotongnya dan membuat ‘pertunjukan fesyen’ di atas meja dapur saya. Tiga puluh lima tahun kemudian, rancangan ini menghubungkan saya semula dengan permulaan penglihatan saya. Ia satu penghormatan kepada fesyen yang mempunyai sudut pandangan.” ujar Demna buat penyataan bersempena koleksinya kali ini.

See also
Zoolander Di Valentino

Balenciaga Summer 25, Gabungan Memori Demna dan Identiti Balenciaga

Demna mengubah fantasi fesyen zaman kanak-kanaknya menjadi persembahan yang nyata. Model-model jelita yang catwalk di atas meja 47 meter panjangnya adalah koleksi yang dipilih dan dipersembahkan oleh Balenciaga kali ini. Demna yang menginginkan untuk menghubungkan semula dengan kisah memori awal fesyennya melalui koleksi ini, bukanlah menjadi tema utama. Penampilan pembukaan menyajikan tampilan pakaian dalam retro yang dikontemporarikan dengan padanan pantashoes, lantas memberi keterserlahan elemen seksi namun masih Balenciaga. 

Setiap helaian busana nyata berjaya menunjukkan DNA jenama ini yang cukup kuat. Demna menginspirasikan tahun 40-an dengan butiran seperti korset terbuka belakang, perincian renda serta potongan siluet seksi dengan suntikan feminin dan vintaj. Berikutan dengan itu, tiga penampilan terakhir dalam koleksi adalah yang paling berani. Busana dengan siluet bahu berstruktur mempamerkan ketukangan halus dan kreativiti pereka Demna. Aksesori seperti beg Rodeo dan kaca mata hitam pula, menjadi item fesyen yang melengkapi koleksi Balenciaga Summer 25.

See also
Givenchy Welcomes Pengarah Artistik Wanita Pertama Mereka: ClareWaight Keller

Artikel Berkaitan: GLAM Pentas Fesyen: Koleksi Musim Panas 2025 Balenciaga