Alessandro Michele Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Terbaru Valentino - Glam Malaysia

Alessandro Michele Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Terbaru Valentino

Sebelum ini dia mengubah Gucci mengikut estetikanya, kini Alessandro Michele melangkah mengetuai kumpulan kreatif rumah fesyen Valentino. Apa kata anda? 

Jika ingat pada Gucci, pasti ingat akan Harry Styles. Apabila anda mengingati gaya fesyen penyanyi tersohor itu, anda pasti tahu siapakah watak di belakang pembangunan gaya Harry Styles ini. Sudah tentu Alessandro Michele. Pereka yang juga sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Kreatif di rumah fesyen Gucci pada tahun 2002 sehingga 2022, dia amat dikenali dengan rekaan maximalist dengan estetika Geek-Chic!

Semalam pula digemparkan dengan pengumuman pereka ini yang kini dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Kreatif terbaru rumah fesyen Itali, Valentino, selepas berita peninggalan Pierpaolo Piccioli dari rumah itu. Banyak respon daripada peminat fesyen seluruh dunia diterima. Ada yang suka dan ada yang tidak. Namun, pada kami di GLAM, sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan apa yang ingin dihidangkan oleh Michele buat Valentino memandangkan dia bakal debut dengan koleksi musim luruh 2025 nanti.

See also
Valentino Garavani Open Skate, Sniker Sifat ‘GENDERLESS’

Michele turut berkongsi perasaan menerusi laman Instagramnya. Didalam gambar yang di muat naik semalam, dia menyampaikan ucapan kesyukuran kepada Rachid Mohamed Rachid, Pengerusi Lembaga Pengarah Valentino di atas perlantikannya.

Sumber: Instagram Alessandro Michele

Sedikit Latar Belakang Alessandro Michele

Alessandro Michele

Alessandro Michele sebelum ini menyertai studio rekaan Gucci pada tahun 2022 dan kemudian menjadi pereka aksesori senior di Fendi. Setelah itu, dia kemudian dilantik sebagai “Pereka Sekutu” kepada Pengarah Kreatif Frida Giannini pada tahun 2011. Tahun 2014 menyaksikan Michele sebagai Pengarah Kreatif jenama jenama porselin, Richard Ginori. Akhirnya pada tahun 2015, dia mula dilantik sebagai kumpulan utama kreatif jenama Gucci selepas membuat persembahan fesyen koleksi lelaki musim luruh 2015.