About Love Menjadi Taruhan Terkini Tiffany & Co. - Glam Malaysia
about love

About Love Menjadi Taruhan Terkini Tiffany & Co.

Beyonce dan JAY-Z mendukungi kempen About Love oleh Tiffany & Co. yang berkisar tentang cinta era moden juga penanda aras baharu arah kreativiti jenama barang kemas New York.

Seperti kisah cinta paling agung sejak 1837, ia dimodenkan oleh pasangan suami isteri paling berkuasa, Beyonce dan JAY-Z dalam satu kempen baharu ilham Tiffany & Co. Kempen About Love ini menzahirkan satu evolusi baharu buat arah kreativiti Tiffany & Co yang juga mengambil idea daripada pasangan The Carters. Apa yang cuba disampaikan melalui kempen kisah cinta agung moden ini berkisar dalam hal perhubungan dan kerentanan yang cukup indah.

“Love is the diamond that the jewelry and art decorate.” The Carters

about love

Beyonce & JAY-Z buat kempen terbaru Tiffany & Co.

Di dalam kempen ikonik ini, Beyonce menyarungkan rantai Tiffany Diamond seberat 128.54 karat dan indah kilaunya bersama 82 faset. Berlian ini cukup penting dalam dunia barangan kemas, dijumpai pada 1877 di Kimberley Mines, Afrika Selatan dan dibeli oleh pengasas Charles Lewsi Tiffany pada 1878. Beyonce menyarungkannya buat kempen dan juga video pendek buat kempen ini. JAY-Z pula megah dalam himpunan eksklusif rekaan Jean Schlumberger. Ada kerongsang Bird on a Rook tersemat pada jaketnya. Legasi Schlumberger yang popular sejak dekad 60-an dibawa sehingga kini. Menampakkan lagi rekaan Tiffany & Co. yang tidak pernah lapuk dek zaman.

See also
Pinstripes Membuat Kemunculan Di Atas Runway Untuk Spring Summer 2017

about love

Rantai Tiffany Diamond

Beyonce Knowles dan Jay-Z dirakam dalam sebuah filem pendek bertajuk About Love. Ia diarahkan oleh Emmanuel Adjei dengan lagu Moon River didendangkan semula oleh Beyonce Knowles. Lagu itu pernah popular melalui filem Breakfast at Tiffany’s. Melalui filem pendek ini, pasangan popular ini menyarungkan barang kemas termewah dan paling ikonik di Tiffany & Co. Antara barang kemas yang terpilih adalah himpunan Jean Schlumberger dan Tiffany T. Lokasi filem ini terletak di The Orum House, Los Angeles. Direka oleh arkitek Zoltan Pali, ia kelihatan terapung diatas keindahan kawasan Bel Air. The Carters sendiri memilih lokasi ini sebagai set penggambaran filem pendek buat Tiffany & Co. 

DATE NIGHT ANTARA BEYONCE DAN JAY-Z

BARANG KEMAS TIFFANY & CO. SCHLUMBERGER

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cincin Ailsa 18 karat emas kuning dan platinum bersama tatahan berlian potongan emerald 10 karat juga seri permata bulat mengindahkan pada sisi.