'A Future Together', Jelajah Koleksi Fall 'Ready-to-Wear' 2021 Milik Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia

‘A Future Together’, Jelajah Koleksi Fall ‘Ready-to-Wear’ 2021 Milik Salvatore Ferragamo

Salvatore Ferragamo teruja mengumumkan pembikin filem legenda dan tiga kali pencalon Anugerah Academy, Win Wender terpilih untuk mengarahkan “A Future Together”- kempen fesyen koleksi musim luruh/sejuk 2021 Salvatore Ferragamo. 

Menjalani penggambaran di set konsep futuristik, menjayakan kempen sci-fi, A Future Together adalah refleksi pasca moden, multi-dimensi dan banyak jaluran mengenai ramalan di masa depan yang tak terduga. Memungkinkan kepositifan yang pelbagai-yang menanti kita semua. 

Berlokasi di kompleks CityLife di Milan, kisan Wenders mengikuti perkembangan seorang pengarah filem yang bergaya (pelakon filem yang semakin meningkat, Gaia Girace), yang sedang dalam persiapan untuk pengembaraan hebat. Namun, semakin lanjut, tumpuan profesionalnya pada narasi futuristik ini hakikatnya terjalin di awal kisah peribadi yang juga penuh dengan perasaan. Cereka bertambah menarik, dengan kehadiran jurutera suara yang kacak (pemuzik dan model Felix Sandman). Menambah lagi lapisan ketiga pada struktur kisah Wenders. 

Kempen visual untuk koleksi ini merangkumi portfolio 24 gambar yang menarik, yang ditangkap oleh Vito Fernicola. Melengkapi semua cerita ini adalah Future Positive, koleksi Salvatore Ferragamo musim luruh/sejuk 2021-koleksi yang dengan sendirinya dipersembahkan dalam format filem untuk tema yang kuat menghadap ke depan. 

See also
Lihat Aksi Jennifer Lopez & Selebriti Lain Berseronok dalam “FEEL THE WONDER”

Perspektif segar menyaingi koleksi teknologi futuristik yang kekinian dan berkonsep diterjemahkan oleh Wender menjadi pengisahan yang optimis dan menggembirakan, sekaligus tersemat makna mendalam. Seiring dengan pereka Ferragamo yang mahir memadukan koleksi yang bernada mewah dan provokatif, Wenders menggunakan kemahirannya dalam menyampaikan cerita secara visual, lantas membuat refleksi yang merangsang pemikiran dan optimis. 

Perspektif segar menyaingi koleksi teknologi futuristik yang kekinian dan berkonsep diterjemahkan oleh Wender menjadi pengisahan yang optimis dan menggembirakan, sekaligus tersemat makna mendalam. Seiring dengan pereka Ferragamo yang mahir memadukan koleksi yang bernada mewah dan provokatif, Wenders menggunakan kemahirannya dalam menyampaikan cerita secara visual, lantas membuat refleksi yang merangsang pemikiran dan optimis. 

Ini adalah kempen dan koleksi yang mengarah ke masa depan untuk menarik pandangan mereka yang bertekad untuk membentuk nasib mereka sendiri secara positif. Projek ini secara semula jadinya menggambarkan DNA Salvatore Ferragamo sebagai jenama “warisan” yang selamanya akan mempromosikan formula progresif yang menjadi asas kejayaannya. Ini untuk menggabungkan inovasi teknologi dengan penemuan estetik untuk mereka bentuk yang mencerminkan masa kita sekarang, dan yang pada masa akan datang akan kelihatan abadi. 

See also
Dia Guild x Khoon Hooi mempersembahkan koleksi Raya tahun ini!

Kerjasama dengan Mr Wenders untuk kempen ini menandakan lembaran terbaharu dalam sejarah yang berkaitan dengan evolusi filem, bermula dari titik permulaan pengasas Salvatore Ferragamo di Hollywood Boot Shop pada tahun 1923. 

Artikel berkaitan: Lily Collins Dilantik Sebagai Duta Baru Cartier