Use your ← → (arrow) keys to browse
ZENDAYA
Zendaya terbang ke Rome untuk menghadiri pembukaan Hotel Buglari Roma pada awal Jun lepas. Namun, menurutnya gaun yang sepatut dipakainya untuk majlis tersebut telah ‘hilang’ sewaktu transit. Kemudiannya, Zendaya membuat keputusan untuk memilih sut hitam dengan detail berkilau ilham Valentino untuk ke majlis tersebut.
Sut hitam tersebut dipadankan dengan anting-anting berlian berjuntai, cincin dan gelang Bulgari. Zendaya terlihat anggun dalam balutan warna hitam dengan paduan berlian mewah.