Use your ← → (arrow) keys to browse
AKSESORI TIFFANY & CO.
Khas para bapa yang berani dalam berfesyen. Yang suka memakai aksesori seperti rantai atau gelang sebagai pelengkap gaya. Bapa sebegini tentu sahaja mempunyai ‘taste’ fesyen yang tinggi. Bagi anda yang buntu mencari hadiah sesuai buat bapa high taste sebegini, semak koleksi terbaru TIFFANY & CO. Ada kerongsang dan gelang yang menarik sebagai bingkisan istimewa.
Gelang ‘sterling silver’ Tiffany HardWear-andalan bapa moden yang tidak gentar untuk bergaya. Kerongsang Tiffany & Co. Schlumberger balutan emas kuning dan platinum ternyata menonjol. Mengelevasi pelbagai penampilan, termasuk gaya black tie dengan tuxedo dan sut.