Chaumet Hiasi Bintang-Bintang Terkenal di BAFTA

4 Selebriti Tampil Anggun Dihiasi Chaumet di BAFTA

Chaumet, jenama perhiasan memancarkan keanggunan abadi, melengkapkan gaya bintang-bintang terkenal dunia.

Anugerah Filem BAFTA yang berlangsung di London pada 16 Februari 2025,  Chaumet sekali lagi mencuri perhatian di atas karpet merah, menghiasi beberapa bintang terkenal dunia dengan koleksi yang mencerminkan keanggunan dan seni yang tiada tandingan.

#1 Ariana Grande

Antara bintang yang menghiasi malam tersebut dengan perhiasan Chaumet yang menakjubkan adalah Ariana Grande, yang tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Wicked. Dia memukau para tetamu dengan kalung Valse Impériale, cincin Joséphine Amour d’Aigrette, dan anting-anting Joséphine Aigrette, satu set perhiasan yang menonjolkan keanggunan abadi dan sofistikasi yang tiada bandingan.

#2 Felicity Jones

Tidak kurang mempesona, Felicity Jones, juga tercalon untuk Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem The Brutalist, tampil dengan penuh kelembutan mengenakan anting-anting Valse Impériale, gelang Joséphine Aigrette Impériale, serta sepasang cincin Joséphine Éclat Floral dan Joséphine Aigrette Impériale, yang menambah lagi keanggunannya dengan kehalusan signature Chaumet.

See also
5 Gaya Gaun Pengantin Sebenar Di Permaidani Merah

#3 Kelly Rutherford

Kelly Rutherford, yang sinonim dengan gaya elegan yang ringkas, turut menyinari malam itu dengan kalung, cincin, dan anting-anting Joséphine Aigrette Impériale, setiap perhiasan itu mencerminkan warisan agung feminin Chaumet.

#5 Letitia Wright

Melengkapi gaya gugusan bintang pada malam BAFTA tersebut, Letitia Wright yang dikenali menerusi filem Black Panther membawa keanggunan yang effortless di atas karpet merah, dihiasi dengan gelang Torsade de Chaumet, cincin A Fleur D’Eau, dan anting-anting Liens Inséparables, yang mewakili kepakaran dan keindahan tradisi Chaumet yang abadi.

Dengan setiap perhiasan yang dipamerkan, Chaumet terus merayakan seni perhiasan sebagai ekspresi kecantikan, emosi, dan penceritaan sekaligus menerangi momen kecemerlangan industri filem dengan kilauan yang tiada tandingan.

Artikel Berkaitan: Chaumet Rai Koleksi Ikonik di Butik Pop-Up Eksklusif ION Orchard, Singapura