20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Page 5 of 20 - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

5 of 20

Zara Phillips

ZARA

Zara Phillips

Biarpun Zara Phillips cukup dikenali kerana kejayaannya di bidang ekuestrian, cucu sulung Ratu Elizabeth II ini semakin mendapat perhatian kerana stail lebih matang. Peminat jenama Mulberry dan L.A.M.B ini pernah menghiasi kempen periklanan Rolex. Malah dia juga mereka rangkaian helaian ekuestrian, Musto Outdoor Clothing. Rangkaian ini diberi nama ZP176 di mana ia adalah nombor pasukan Zara semasa mula-mula mewakili negara.