20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Page 4 of 20 - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

4 of 20

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah

Tunku_Aminah_Maimunah_Iskandariah1

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (Gambar: siakapkeli)

Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar cukup terkenal dengan kecantikan semula jadinya. Aminah yang juga pengasas produk kecantikan Luvins The Royal Art Beauty tidak pernah menghampakan komuniti fesyen menerusi keanggunan stail terkini. Jarang mengenakan aksesori yang sarat, dia lebih gemar menggayakan cincin dan gelang. Antara petua kecantikan yang diturunkan nendanya untuk menjaga kecantikan adalah dengan menyapu embun pada wajah setiap pagi supaya kulit lebih tegang.