20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Page 18 of 20 - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

18 of 20

Mette-Marit

METTE

Mette-Marit

Media menggelarnya ‘The Fashion Princess’. Gara-gara deria fesyennya yang cukup elegan dan halus. Princess Mette-Marit of Norway ini gemar menyarung sut skirt tailored dalam rona mewah neutral untuk gaya siang dan menarik perhatian menerusi gaun sensasi oleh pereka kegemarannya, Valentino untuk gaya malam. Tidak mustahil mengapa gayanya dikatakan gabungan Jackie O dan Grace Kelly. Ibu kepada tiga orang cahaya mata yang aktif di dalam pertubuhan UNAIDS ini juga tidak kekok mengayakan jenama high street seperti Zara.