20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Page 13 of 20 - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

13 of 20

Charlene Wittstock

CHARLENE

Charlene Wittstock

Bekas perenang Olimpik yang dilahirkan di Zimbabwe, cukup terkenal dengan cita rasa elegan kala melangkah di permaidani merah mahupun majlis rasmi. Charlene yang juga penaung kepada pereka Akris dan Armani tampak begitu cantik sekali kala mengayakan rekaan Giorgio Armani Prive di majlis perkahwinannya dengan Putera Albert II. Selain pastel yang dikatakan palet rona kegemarannya, Charlene sering menggayakan helaian yang menyerlahkan tubuh atletiknya. Malah dia juga tidak gentar akan stail yang lebih segar, berani dan daring.