Use your ← → (arrow) keys to browse
Anugerah fesyen global yang ditunggu-tunggu, Fashion Awards akhirnya berlangsung di Royal Albert Hall, London pada 5 Disember lalu.
Dikenali sebagai British Fashion Awards sehingga tahun 2016, ia merupakan acara tahunan yang ditubuhkan di United Kingdom pada 1989 untuk memberi penghargaan kepada individu yang memberi sumbangan cemerlang kepada industri fesyen sepanjang tahun.
Karpet merah Fashion Awards tahun ini menyaksikan barisan selebriti dan model terkemuka tampil dalam persalinan bergaya yang menggabungkan sut moden, kilauan, ropol neon dan fabrik jarang antaranya.
Glam bariskan 15 gaya segak dan anggun di Fashion Awards tahun ini.