Anugerah Akademi atau Oscar ke-96 yang berlangsung pada 11 Mac di Dolby Theatre, Los Angeles meriah dengan kehadiran selebriti ternama.
Anugerah berprestij yang meraikan filem, sinematografi dan barisan pelakon terbaik ini dihoskan oleh Jimmy Kimmel buat kali keempat. Setiap tahun barisan selebriti yang hadir cuba menampilkan gaya paling glamor dan terbaik di karpet merah Oscar.
Walaupun kebanyakannya tampil menyerlah dengan persalinan segak dan menawan, ada juga yang gagal menonjol atau dicop terburuk.
Lihat gaya bintang terkenal di permaidani Oscar tahun ini
YANG ANGGUN DI KARPET MERAH
Emma Stone tampil manis dalam Louis Vuitton.
America Ferrera berkilau dalam gaun sendat Versace.
Gabrielle Union menyarung Carolina Herrera.
Kirsten Dunst memilih gaun putih suci Gucci.
Lupita Nyong’o memukau dalam persalinan Armani Privé.
Zendaya mencuri tumpuan dalam gaun Armani Privé.
Hailee Steinfeld persis bidadari dalam gaun Elie Saab.
Florence Pugh muncul di karpet merah Oscar 2024 dalam busana rekaan Del Core.