Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya - Glam Malaysia

Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya

Oleh: Zaihani Mohd Zain

Terdapat banyak institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan program fesyen dan saya anggarkan graduan yang memasuki industri fesyen setiap tahun dalam angka ribuan. I don’t know whether to be proud or to be concerned at this development. Saya juga lulusan pengajian fesyen dan selepas menamatkan pengajian, saya menganggur selama dua tahun sebelum mendapat kerja. Di tahun 80-an, kemasukan pelajar ke program fesyen tidak ramai dan semeriah sekarang.

Untuk menjadi seorang pereka fesyen, seseorang itu mesti mempunyai minat yang mendalam, semangat dan stamina yang tinggi untuk mengharungi arus dunia fesyen. Untuk menjadi pereka fesyen berjenama sendiri, semua ciri-ciri di atas mesti ada ditambah dengan kecekalan, keikhlasan and last but not least tawakal.

Industri fesyen adalah satu bidang yang amat ‘dinamik’, dimana koleksi pakaian dipersembahkan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Semua ini dihasilkan dalam jangka masa enam bulan terlebih dahulu. Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh setiap jenama besar seperti Chanel, Dior, Gucci dan lain-lain untuk memastikan penghasilan rekaan yang hebat pada setiap musim. Pernahkah anda terfikir every now and then label besar ni mengumumkan pelantikan creative director baru bagi menerajui hala tuju fesyen untuk jenama mereka? Selain mendiang Karl Lagerfeld di Chanel, rumah fesyen lain nampaknya agak biasa menukar creative director mereka setiap lima hingga tujuh tahun.

See also
Datin X: Datuk Simpan 'Anak Ikan'

Saya bernasib baik dapat mengalami putaran perubahan fesyen ini secara first hand. Era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan sekarang. Setiap era, mempunyai identitinya sendiri dari segi perjuangan, perkembangan, pencapaian dan ini secara langsung mempengaruhi hala tuju dan perkembangan fesyen masa itu. Untuk bertahan lebih satu dekad di dalam industri fesyen; jenama besar ini semestinya mempunyai strategi yang berkesan.

Mereka selalunya mengambil creative director baru untuk menyuntik pembaharuan dan kelainan kepada jenama mereka. Salah satu jenama yang dilihat membuat perubahan yang agak radikal ialah Carolina Herrera. Penggunaan fabrik baru, perincian dengan material baru dan gandingan bahan natural dengan teknologi baru. All this is done to ensure that the brand stays relevant! Jika Carolina Herrera tidak mengambil usaha untuk menambah baik produknya sekarang, mungkin dia akan ketinggalan zaman dan kehilangan bisnesnya dalam masa yang terdekat.

Kita kembali kepada senario fesyen tempatan. Keadaannya sama sahaja. Untuk seseorang pereka bertahan lama dalam industri, dia mestilah sentiasa relevan dengan trend semasa fesyen, kehendak pelanggan dan tuntutan pasaran. Untuk memastikan kita relevan, kita perlu bersikap terbuka. Buka minda untuk melihat dan menghargai perubahan estetik, menilai kecantikan dari beberapa perspektif. Sebelum memulakan proses rekaan untuk musim baru; semua ini perlu dipertimbangkan supaya hasilnya akan kelihatan segar dan menarik.

See also
Endometriosis & Kesihatan Mental - Jangan Menderita Dalam Kesunyian!

Jika siluet yang dihasilkan tidak berubah atau tiada kepelbagaian rekaan atau fabrik yang digunakan masih yang sama atau jenis perinciannya juga sama for the past 5 years; sedarlah bahawa ini adalah simptom yang tidak sihat yang harus ‘diubati’ secepat mungkin. Jika tiada usaha dibuat untuk membetulkan keadaan ini, mangsanya adalah pereka itu sendiri.

Saya tahu ada beberapa pereka fesyen tempatan yang memadam komen negatif yang diletak follower di Instagram. Ini amat bahaya. Ia mencerminkan sikap yang amat negatif dan juga kemungkinan pereka itu sedang mengalami satu krisis peribadi, in denial. Jangan percaya 100% pujian palsu dari kawan sekeliling, ia tidak akan membantu kita untuk menjadi lebih sensitif kepada keadaan yang sebenarnya.

Minda kita sebagai fakulti yang memproses dan mengeluarkan idea, adalah satu alat yang sungguh kuat. Kita boleh melatih minda kita untuk melihat, menilai dan menghargai kecantikan dari pelbagai perspektif. Ini memerlukan kesedaran diri yang tinggi kerana yang mempengaruhi keputusan kita adalah diri kita sendiri. Jika kita hanya berupaya menilai dan menghargai kecantikan dari perspektif diri kita sendiri sahaja, maka keadaan seperti di atas akan berlaku.

Jangka hayat kita sebagai pereka pula akan pendek. Tiada pembaharuan, tiada kelainan, tidak relevan, hasilnya, rekaan yang out of date. Mustahak bagi setiap pereka untuk melihat perubahan estetik yang berlaku di sekeliling mereka dan perlu menyerap dan mengguna nilai estetik baru ini di dalam hasil kerja tangan mereka. Jika tidak, tiada perkembangan kreativiti akan berlaku. Perlu ingat, kehadiran pereka-pereka muda di dalam industri fesyen setiap tahun dengan idea baru dan segar, adalah satu cabaran perlu diambil kira dengan serius. Amat senang untuk seseorang pereka untuk jatuh ke dalam ruang obsolete, irrelevant.