Retorik: Faking It - oleh Sharifah Sofia Syed Ali

Retorik: Faking It

Hilary Duff on the set of Younger in BrooklynGambar: TPGVIP

 
Barangan berjenama tiruan sudah lama dijual di pasar-pasar gelap. Dari dulu lagi sudah ada ramai yang bangga memakainya apatah lagi ianya dijual dalam kondisi pelbagai gred, dari yang A, AAA, B/AB dan entah macam-macam lagi. Dulu, ramai juga orang yang pakai hentam membeli barangan imitation memandangkan waktu itu tak ramai yang celik fesyen. Nampak sahaja logo yang familiar, maka benarlah itu yang asli padahalnya produk tiruan. Saya juga dulu selalu dipelawa membeli barangan tiruan yang diimport dari China dan Korea, tapi harganya pun bukan murah. Janji ada monogram, dari beg hingga ke kasut semua lengkap.
 
Sekarang ini dengan bantuan teknologi maklumat dan media sosial, masyarakat lebih pandai menilai. Apa sahaja informasi di luar negara, kita juga boleh menikmatinya dalam masa seminit (terima kasih kepada Instagram!) dan maka secara tidak langsung, kita dididik untuk melihat yang ‘betul’. Jadi, dengan adanya kemajuan sebegini, tidak sukar untuk awam menilai mana yang tiruan mana yang asli. Tak perlu lagi bermain teka-meneka… apakah itu ‘ori’ atau tidak? Sekadar Google saja, nah, adalah jawapannya. Ini membuatkan mereka yang suka menjinjing beg tiruan jadi panas punggung. Macam mana kalau yang memerhati sudah boleh menilai dengan tepat? Buat jatuh air muka saja!
 
Tapi apakah impak kepada semua ini? Nampaknya sekarang ini kian jarang kita melihat awam memakai beg tipu. Cuma mungkin di kawasan luar bandar kita masih dapat melihat di sini-sana yang membimbit tiruan. Mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu apakah yang dipakainya imitation atau tidak. Dalam erti kata lain, ini sudah cukup bagus. Kesedaran ini merangsang awam untuk belajar menghargai produk tulen selain menghormati karya seni mereka yang bersusah-payah menghasilkannya. Plagiarisme suatu isu yang serius dan masyarakat harus belajar menghormati hak cipta. Bayangkan kita kerja susah-susah untuk develop sesuatu, tiba-tiba ada pula pihak asing yang mencedok idea kita untuk mengaut keuntungan mudah!
 
Perkembangan hari ini juga menyaksikan bukan sahaja beg dan kasut ada imitation, malah ramai sekarang ini yang semakin berani menyarung baju designer tiruan juga. Ini sudah parah namanya! Pelik sekali bila orang yang memakai baju-baju tiruan ini terdiri daripada mereka yang berkemampuan. Kenapa mereka lebih rela pakai replika dari membeli yang original? Is it worth it to spend thousands over something that’ll only last for a season?
v
Persoalan ini secara peribadinya saya menyalahkan situasi trend zaman sekarang yang berputar terlalu cepat. Baru sahaja kita nak pick up gaya tertentu, sudah pun beralih ke stail yang baru. Jadi, bagaimana mahu keep up dengan kehendak fesyen semasa? Mungkin bagi sesetengah orang, beli sahaja yang tiruan supaya tidaklah menyesal membayar ribu-ribuan tapi pakai pun cuma sekali dua sahaja.
 
Apa kata kita lihat dari sisi lain. Setiap helai baju yang dibeli kita lihat sebagai suatu pelaburan. Sama seperti mana bila kita membeli sebuah lukisan. Kita melabur pada nilainya kerana kita menghargai karya estetik si artis tersebut. Sama juga dengan pakaian. Kalau kita invest dalam sesuatu rekaan, pastikan ianya tersendiri. Contohnya sehelai gaun Alexander McQueen. Kita tahu yang ia adalah tersendiri dan tidak mungkin dikeluarkan oleh label pereka lain.
 
Label-label high street juga boleh menjadi alternatif kepada anda yang gila trend. Jenama sebegini bukannya menghasilkan replika, tetapi fesyen yang ditampilkan ‘inspired by’ rupa gaya di pentas runway. Jadi tidaklah begitu ketara. Tapi saya rasa kelakar bila ada juga sesetengah wanita yang memakai barangan original tetapi sayang sekali apa jua yang disarung atau dijinjingnya nampak tiruan belaka. Dari kain tudung hingga ke beg dan kasut, kesemuanya wajib berlogo; namun apa yang dilihat orang adalah tacky dan gaudy. Maksudnya, jenama bukanlah segala-galanya. Kalau anda ada cita rasa, tidak perlu logo untuk menunjukkan kepada orang ramai yang anda ada gaya.
 
Saya terpanggil mahu komen pada jenis manusia yang menjadi hamba jenama. Stailnya tak adalah apa sangat, tapi jenama saja lebih. Kita pun tak nampak mana cantiknya. Kelebihan hanya nampak di logo pada gancu beg dan kain tudung. Tapi pakaian? Macam sarung nangka. Cantikkah kalau begitu? Apakah dengan pemilikan beg dari satu-satu jenama itu menjadikan anda lebih istimewa dari orang lain? Bukankah menyusahkan bila beg yang dibawa saiznya besar apalagi berat hingga sakit baju menjinjingnya? Kenapa tidak membeli sesuatu yang lebih praktikal? Saya kenal ramai wanita yang lebih cermat memegang beg dari memegang anak sendiri. Amat kelakar sekali. Beg kulit buaya dipastikan duduk di atas kerusi sendiri berlapikkan sesuatu yang bersih. Kena make sure tidak bertindan dengan barang lain, takut kemek katanya. Pernah saya lihat anak sendiri disuruh duduk bersama nanny di meja lain, padahalnya beg pula yang diberi kerusi di meja sendiri. Saya tengok pun jadi stress!
 
Oleh: Sharifah Sofia Syed Ali
 
 

See also
Retorik: Pereka Fesyen Perlu Berilmu - oleh Faizal Hamid