Retorik: Bahagian 2 – Lelaki Player Tarikan Wanita? - Glam Malaysia

Retorik: Bahagian 2 – Lelaki Player Tarikan Wanita?

Bersambung dari isu lepas, kaum lelaki sering mengatakan kaum wanita terlalu rumit dan sukar difahami. Namun jika wanita itu bijak, adalah mudah sekali untuk memahami lelaki kerana kita mempunyai kelebihan untuk menggunakan instict yang dianugerahkan secara semula jadi. Sudah tiba masanya wanita mengasah kelebihan ini dan menggunakannya sebaik mungkin.

Contoh taktik yang digunakan, lelaki sering mengambil masa yang sesuai untuk membuat gadis menunggu mesej daripadanya yang dinamakan ‘distancer’. Sebab dia tahu si gadis sudah pun menyukainya apabila mereka bertukar nombor telefon. Jadi dia sengaja buat si gadis tertunggu-tunggu sambil dia menelefon gadis lain dan menggunakan taktik ‘pursuer’.

Apabila sudah berjanji temu dengan beberapa gadis lain pada waktu yang sama, lelaki ini akan kembali untuk menghubungi gadis ini pada saat dia memerlukan. Lelaki ini menggunakan strategi ‘speed dating’. Dia menggunakan taktik ‘pursuer’ sama pada setiap wanita dan semua wanita yang dipikatnya berasa merekalah satu-satunya yang istimewa – tapi hakikatnya ia adalah satu strategi memikat.

See also
Giliran Rihanna Sumbang Dana Perangi Covid-19

Namun apapun, taktik ini selalu menjadi kerana wanita mempunyai naluri yang halus. Mereka suka dipuji dan diberi perhatian dan akan sentiasa kalah dengan kata-kata manis yang sememangnya ingin didengari. Maka lelaki yang bersifat player seperti di atas amat mahir tentang kelemahan ini. Lazimnya strategi ini adalah ‘makanan’ harian kepada lelaki jenis player dan sebenarnya mereka lebih fun to be with  tetapi ini tidak bermakna mereka akan mengambil seseorang gadis itu lebih serius dari yang lain.

Anda perlu ingat, lelaki yang betul-betul ingin mengenali seseorang wanita akan merancang pertemuan dan mengambil kira masa terluang kedua-dua belah pihak dan bukan hanya waktunya. Dia harus memberi keutamaan kepada waktu wanita itu dan akan ikut sahaja kemahuan wanita tersebut. Dia tidak akan membuat wanita itu tertunggu tunggu mesejnya dan akan text setiap hari atau paling tidak selang sehari untuk bertanya khabar walaupun tidak berjumpa. Tak perlu untuk anda memikirkan alasan untuknya.

Datin Sharifah Shawati Syed Mohd, Motivational Image Coach dan NLP Practitioner bercakap mengenai masalah wanita yang gemar tertarik kepada lelaki player.

Senario di atas adalah contoh yang boleh dianggap ‘threats signs’ atau ‘ bendera merah’ untuk membuat keputusan yang wajar untuk tidak meneruskan hubungan yang serius.

See also
Latina Queens, Jennifer Lopez dan Shakira Bakal Gamatkan Superbowl Half-Time Show

Lelaki tidak suka pada wanita yang terlalu emosi dan menunggu perhatian mereka. Mereka akan beri perhatian apabila mereka mahu dan tidak perlu menunggu. Jangan jadikan seorang lelaki itu priority anda. Priority anda adalah diri sendiri, keluarga, kerjaya dan rakan anda.

So jika mereka boleh lakukan speed dating maka wanita juga boleh. Buat ramai kawan dan tidak semestinya perlu jadi boyfriend istimewa. Apabila sudah serius dan terjalin satu ikatan, maka masa itulah dia boleh dijadikan antara priority dalam hidup anda. Tetapi sebelum itu gunakan strategi ‘distancer’ seperti yang mereka gunakan dan percayalah mereka yang menunggu anda, bukan anda yang menunggu mereka!

Antara komen yang pernah dikongsi oleh teman teman rapat yang bernama lelaki pada saya ialah mereka sukakan:

  1. Unpredictability and spontaneity.
  2. Creating the rules for the purpose of breaking them [membuat peraturan hanya untuk dilanggar].
  3. Not calling [tidak menelefon].
  4. Using sexy words [menggunakan perkataan yang menghairahkan tetapi tidak melakukannya].
  5. Memberi harapan untuk dipikat.
See also
Manjakan Ibu Di Mangala Estate Boutique Resort

Saya ingin syorkan satu buku menarik yang saya baca, ditulis oleh penulis lelaki yang dahulunya juga pernah menjadi player. Di berkongsi pendapat seorang player dari aspek bagaimana lelaki berfikir. Ia bertajuk The Manual, ditulis oleh Steve Santagati.

Jika ingin belajar selanjutnya, tunggu buku saya yang akan terbit tidak lama lagi mengenai taktik berguna dalam perhubungan lelaki dan wanita untuk menjalin kesejahteraan supaya kedua spesies ini akan saling memahami antara satu sama lain.

Datin Sharifah Shawati Syed Mohd adalah Motivational Image Coach dan NLP Practitioner. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my