Datin X: Gold Digger Tegar

Datin X: Gold Digger Tegar

Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini ramai wanita muda yang ligat mengumpul kekayaan sendiri melalui perniagaan. Memang Datin X respect… Dari jual kain tudung, buat bisnes online, ada yang kaki MLM sampailah ke projek-projek oil and gas (entah iya, entah tidak) – hebat sekali! Jadi kalau ada yang berhajat nak beli beg harga RM16 ribu satu, boleh bayar guna duit sendiri. Tak perlu meminta belas pada mana-mana lelaki. Ini barulah dikatakan bijak walau pun masih ada segelintir wanita dengan gaya pemikiran kelas dunia ketiga yang tetap menaruh harapan tinggi mahu kahwin lelaki kaya and live happily ever after. Orang seperti inilah yang Datin X gelarkan sebagai gold digger tegar. Malas berusaha, hanya sibuk mahu cari jalan mudah sahaja.


Belajar tak tinggi, asal dari keluarga biasa-biasa saja, muka taklah lawa sangat. Tapi sejak remaja, perempuan ini sudah pasang niat mahu kahwin dengan lelaki kaya. Nekad mahu hidup goyang kaki. Mungkin sebab itulah sewaktu di universiti, belajar pun tak sempat habis kerana mahu cepat masuk alam pekerjaan. Itu pun selalu bertukar-tukar tempat kerja. Di saat mengganggur, boyfriend-of-the-moment yang terpaksa menyara perbelanjaannya. Perempuan ini memang benar-benar yakin sangat yang suatu hari nanti dia akan disara suami berharta, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki berhias barang berjenama dan hidup senang-lenang selama-lamanya.

See also
Kembara Di Kota New York Dan Seoul Bersama Soo Joo Park

Kerana terdesak nak cari lelaki kaya, perempuan ini juga rajin sungguh tayang muka di majlis-majlis prestij supaya diterima dalam society circle ibu kota. Kata orang, setiap kali dia mahu membuat ‘kemunculan’, dia akan melaram sakan dengan baju dan beg berjenama yang dipinjam dari kawan-kawan. Di parti kelak, selalunya dia akan menyelit di celah-celah kelompok sosialit, kononnya nampak seperti sudah kenal lama. Gamaknya dia mahu dilihat setaraf ‘mewah’ dengan tetamu-tetamu lain? Ah, trick lama!

Terkenal dengan muka tebalnya, wanita ini selalu memberi signal yang dia mudah didekati. Maka ramailah lelaki yang singgah dalam hidupnya. Selalunya, dialah yang akan mula main mata dulu dan langsung make the first move tanpa segan silu. Dia memang tak segan nak mendekati mana-mana lelaki asing yang dirasakannya sesuai menjadi calon suami. Pendek kata, tak ubah seperti perigi cari timba. Kalau mana-mana eligible bachelor kembali single, cepat-cepat dia akan pergi investigate – di mana lelaki itu selalu hang out dan siapa kawan-kawannya supaya dia boleh merancang langkah seterusnya. Cekap sungguh!

Tapi Datin X pun ada dengar, banyak lelaki ngeri dengan perempuan ni. Sebab baru seminggu dating dua tiga kali, dia sudah mula pandai meminta-minta dibelikan barangan berjenama sebelum cakap berkias-kias mahu ajak kahwin. Lelaki yang mendengar pun apa lagi, terus angkat kaki! Namun setelah bertahun mencuba, akhirnya wanita tersebut berjaya cekup seorang lelaki korporat yang berumur 10 tahun lebih tua daripadanya. Masih bujang dan khabarnya datang dari keturunan berharta. Setahun menuai cinta, lelaki tersebut akhirnya bersetuju dengan pujukan perempuan itu yang terdesak mahu berumah tangga.

See also
"Life Is Tough, But You Are Tougher" - Kanser Payudara Shannen Doherty Kembali

Semua orang teruja mahu tahu siapakah lelaki ‘malang’ yang kononnya kaya itu. Datin X maksudkan ‘konon kaya’ sebab cerita sebenarnya lelaki itu tidaklah berduit mana. Orangnya pun nampak macam kurang bijak sebab bila diajak bersembang, dia nampak blur dan lebih senang bermain game di telefon pintarnya saja. Korporat apa macam tu? Entah keparat atau apa, ramai menyuarakan rasa sangsi terhadap bakal suaminya.

Pertama sekali, cincin kahwin yang tak sampai pun setengah karat sudah membuatkan kawan-kawan wanita ini mula bercerita di belakangnya. Dia juga pernah berkata, bakal suaminya berdriver segala, tapi rumah pun kecil ala kadar saja. Walau resepsi di hotel mewah, tapi persiapan nampak seperti under budget. Ada satu manusia ni menegur, “Kenapa masa resepsi guna kerusi bersarung kain saja padahalnya orang lain semua guna kerusi Chiavari? Eee…so ugly!” Hah, orang kita kalau nak mengata sampai ke perkara paling kecil pun mahu ditegurnya!

Selepas berkahwin, semua curious mahu tahu bagaimanakah kehidupan perempuan tadi. Kaduk naik junjung atau sebaliknya? Ingatkan dah upgrade ke Birkin dan Ferrari, tapi rupa-rupanya masih lagi ke sana-sini memandu Proton lama, tetap menyandang beg lama dan masih mengulang pakai baju-baju lama. Jauh sekali macam gaya hidup lady-of-leisure seperti yang diidam-idamkannya sebelum ini. Walaupun begitu, wanita itu tetap gigih memanjat social ladder, memenuhi jemputan ke parti-parti sekitar kota. Masih gigih berlakon membawa watak society girl walau poketnya kosong. Tekaan orang sebegitu pun sebab dia selalu mengikut kumpulan kawan-kawannya dan selalu mengharapkan orang lain yang keluar duit untuk membayar. Bila waiter kasi bil, dia cepat-cepat berpura-pura main telefon.

See also
Kenali Watak-Watak Jejaka Tampan Crazy Rich Asians

Hmm, itulah padahnya kalau niat asal awal-awal lagi dah salah. Akhirnya kahwin juga wanita itu dengan lelaki biasa. Kalau betul sudah cinta, terimalah lelaki itu seadanya. Tak payahlah menyusahkan diri berlakon depan orang, berlagak seperti awak itu sedang hidup kaya-raya. Sudah-sudahlah. Duit bukan segala-galanya.