Datin X: Cemburu Biras Dapat Title Datin - Glam Malaysia

Datin X: Cemburu Biras Dapat Title Datin

Teman baik Datin X tiba-tiba buka cerita tentang sosialit yang bergaya ini. Sarimah sememangnya sudah lama bercinta dengan Zarul. Bercinta daripada zaman sekolah lagi. Memang Sarimah jaga Zarul betul-betul kerana lelaki itu adalah anak orang kenamaan dan dia pula anak orang biasa-biasa saja. Walaupun bukan di Kuala Lumpur, bapa Zarul, Datuk Joe memiliki empayar industri bijih besi yang besar dan beberapa perniagaan lagi di Kuantan. Sarimah pula meski bukan anak orang berada tetapi amat popular di kalangan teman-temannya.


She has always been the centre of attraction among her friends in school. Dia popular dengan percintaannya dan kira dialah queen B di sekolah dulu. Zarul pula sudah menjadi kekasihnya sejak zaman sekolah lagi. Memang sejak dulu Zarul akan memanjakannya dengan barang berharga. Setiap kali ulang tahunnya, Zarul akan memberi hadiah mahal dan istimewa. Budak Kuantan jakunlah mungkin kalau dapat gelang Thomas Sabo atau bag Marc Jacob. Alahai belum tentu budak-budak yang bersekolah di KL tahu apa itu Thomas Sabo, Marc Jacob, Moschino, pada usia 14 tahun. Lagi ini cerita 20 tahun yang sudah. Dan apabila Zarul bercuti ke luar negara, selalulah dia beli buah tangan untuk kekasih hatinya. Datuk dan Datin pun suka dengan Sarimah. Kata orang puppy love sungguhlah mereka ini. Alhamdulillah jodoh mereka panjang. Usia 21, sebelum Zarul melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di Londo,n mereka bernikah. Gilang gemilang sambutannya. Hai memang waktu itu Sarimah seperti puteri raja. Yalah Zarul pula anak sulung daripada tiga beradik yang semuanya lelaki, mahu tidak satu kampung Datuk Joe jemput. Dengar cerita perkahwinan mereka turut dihadiri kerabat dari Pahang! Untung betul. Hantaran pun 40k! Mereka berbulan madu di London sekali gus tinggal di sana kerana Zarul menuntut di London.

See also
Kenali Watak-Watak Jejaka Tampan Crazy Rich Asians

Sarimah tinggal cuci kaki sahaja kerana Datuk Joe memang sudah mempunyai kediaman di London. Jadi mereka mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Bertuah badan. Di sana dia hanya menguruskan suami sahaja. Dia tak mahu sambung belajar kerana belajar di sekolah pun teruk keputusannya. Apa lagi aktiviti si Sarimah kalau sudah menetap di London? Belajar tidak, kerja tidak maka jawabnya shopping sakanlah dia. Waktu itu belum ada Facebook lagi, jadi selalulah dia upload di akaun Myspace memaparkan kehidupannya di London untuk tontonan teman-teman sekolahnya. Ayat-ayatnya boleh tahan berlagak juga.

Bertambah seronok kerana dalam setahun keluarga Zarul akan melawat mereka dua ke tiga kali dan mereka menyambut raya di London. Ramailah teman-teman sekolah yang mencemburuinya. Empat tahun di London, Sarimah dan Zarul dikurniakan seorang anak. Sekembalinya ke tanah air ramailah kawan-kawan sekolah berjumpanya dan memujinya. Sarimah memang terkenal dengan perangai berlagaknya sejak zaman sekolah. Lepas balik dari London sikap berlagaknya tambah menjadi-jadi. Cakap Melayu dia tak suka sangat. Dia kata pada teman-temannya anak dia sepatah haram pun tak faham Bahasa Melayu. Tabiat membeli-belah di London di bawanya ke Malaysia. Ibu mertua pun begitu sayang padanya. Yalah, anak perempuan tak ada, Sarimah sepertikan anak perempuan kandungnya. Selalulah Datin bawa Sarimah ke majlis-majlis berprestij di ibu kota. Dia mulalah berkawan dengan sosialit-sosialit kota. Cita rasa fesyennya pun boleh tahan.

See also
Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik

Hinggalah satu hari ini, adik iparnya berkahwin. Adik iparnya ini lebih berjaya daripada suaminya. Dia pandai menguruskan perniagaan. Gelap juga dunia dia dengan kehadiran birasnya ini. Daripada persiapan majlis perkahwinan mereka lagi Sarimah sudah mula iri hati. Nak dijadikan cerita birasnya ini well educated, cantik pula tu. Mungkin Datin excited dapat menantu baru, perhatian pada Sarimah pun kurang. Yalah topik yang mahu dibualkan dengan menantu baru lebih banyak. Orang terpelajarlah katakan. Tentunya lebih seronok berbual kalau nak dibandingkan dengan Sarimah yang hanya lepasan SPM dan keputusan pun suam-suam kuku sahaja. Mujur dia pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana itu subjek kegemarannya.

Tambah pedih hatinya apabila birasnya ini bekerja sebagai peguam. Selalulah Datin banggakan menantunya yang baru itu kepada teman-temanya. Dia yang rasa tercabar lantas mahu memulakan bisnes. Katanya dia pun mahu jadi wanita berkerjaya. Tetapi setiap kali bisnes dia buka pasti tidak bertahan lama. Hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bosan dengan bisnes itu, buka bisnes lain. Untung entah ke mana. Modal bukan sikit-sikit, satu bisnes mahu setengah juta. Perangainya itu mendatangkan kemarahan pada Datuk Joe yang memang tegas dalam selok-belok perniagaan. Duit modalnya pun tentu-tentulah daripada Datuk Joe, tapi kalau sudah tiga empat kali asyik tak jadi, naiklah berangnya.

See also
Retorik - Apresiasi Rupa atau Bakat?

Tiba-tiba adiknya mendapat gelaran Datuk daripada Sultan Pahang. Bagaikan tersiat-siat hati Sarimah apabila si biras pun dapat title Datin! Jadi satu kampunglah bangga dengan adik ipar dan birasnya. Perhatian kepadanya semakin berkurang. Dan apabila di ibu kota, Sarimah selalu bercerita buruk pada teman-temannya mengenai birasnya. Lebih parah apabila dia menceritakan yang sebenarnya adik iparnya itu beli title Datuk. Lama-kelamaan cerita-cerita tidak enak itu sampai ke telinga Datin. Hai malulah Datin apabila ahli keluarga sendiri memburuk-burukkan keluarga. Mulalah berlaku pergaduhan antara Datin dan Sarimah.

Malang sungguh kerana hasad dengki, hubungan Sarimah dengan ibu bapa mertuanya tidak baik lagi seperti dulu. Kini dia bukanlah menantu kesayangan lagi. Tetapi kata teman Datin X, perangainya masih tidak berubah malah semakin hari bencinya semakin membuak-buak pada birasnya.