Tengku Siska: Glamor Power House

Tengku Siska: Glamor Power House

Dia lambang wanita alaf baru. Antara suami, anak dan perniagaan, TENGKU SISKA ALISA handal menguruskan kesemuanya. Bersikap positif menjadi mantera kehidupan wanita cantik ini.

 

Teruja. Itu perasaan saya apabila mendapat tahu Tengku Siska Alisa Tengku Alauddin Shah menjadi wajah GLAM isu Mei. She has always been the sweet society girl. Murah dengan senyuman dan tidak pernah sombong. Sewaktu empunya diri tiba di studio, mata saya mencari-cari siapa yang ada bersamanya. “Are you alone?” Tanya saya hairan. “Yes I am. I don’t need an entourage!” jawabnya membuatkan semua yang ada turut tertawa dengan jawapan spontannya itu.

 

Pada usia 37, harus saya beri pujian dengan melihat kulit wajahnya yang mulus persis anak remaja. Sekali pandang dia ada iras Jennifer Lopez! Bonus, tubuhnya pula bersaiz petite. Saya pasti ramai tidak menyangka usianya sudah lewat 30-an. Sepertikan ada sesuatu yang istimewa pada wanita ini, saya tidak sabar untuk duduk menemu ramahnya dan mengenali wanita ini dengan lebih dekat. Seronok berbual dengan Tengku Siska. Dia mengungkap kata-kata dengan penuh keikhlasan membuatkan saya senang untuk bertanya apa sahaja mengenai dirinya tanpa ragu-ragu.

 

WONDER WOMAN Tengku Siska Alisa menggambarkan dirinya sangat fokus dalam apa yang dilakukan. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah kerabat negeri Kelantan. Walaupun membesar di ibu kota, sesekali jika ada majlis di istana dia akan terbang ke negeri serambi Mekah untuk memenuhi jemputan. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Puteri Wilayah Kampung Baru, dia melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam jurusan Business Management. Pada 2002 hingga 2005 Siska menjawat jawatan sebagai setiausaha sebagai pekerjaan pertamanya. Dalam pada itu dia turut menjalankan perniagaan merchandising and gifts kolaborasi bersama sektor kerajaan. Selepas itu si jelita ini mahu tukar angin selama lima tahun dengan menetap di Dubai. Sekembalinya ke tanah air pada 2010 dia terus membuka perniagaan salun rambut Hairdreams Malaysia yang tertumpu pada khidmat menyambung rambut yang masih bertahan hingga ke hari ini.

 

Tujuh tahun usia perkahwinan dia sabar menanti kehadiran cahaya mata dan akhirnya penantiannya berakhir apabila dia disahkan hamil. Kehadiran Elena Ayesha Binti Suhaime, putrinya merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Cinta hatinya itu menebarkan rasa bahagia yang meresapi segenap relung jiwanya. Bergelar ibu tenyata segala-galanya bagi Tengku Siska Alisa. Sinar kebahagiaan jelas terpancar di raut wajahnya. “Being a mom is the best feeling ever. To me, it’s by far my best accomplishment to date as a woman. Saya rasakan diri ini sempurna sebagai wanita dengan adanya Elena. Masa saya diisi dengan mengasuh Elena. Sebaik selepas melahirkan Elena, saya terus menangis terharu kerana dipilih Allah untuk merasai nikmat insan bernama ibu. Dulu saya dan ibu selalu gaduh-gaduh sayang, it’s normal, I guess between a mother and her daughter. Tetapi selepas memiliki Elena saya banyak bersabar dengan ibu jika sesuatu yang dilakukannya menjengkelkan saya dan cuba untuk tidak berkata apa-apa yang mungkin mengecilkan hatinya.”

See also
Nostalgia, Rawatan Kecantikan Secara Tradisional Sempena Hari Merdeka

 

Bercerita menjadi pengalaman sebagai ibu, Tengku Siska tidak akan melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada pembantu walaupun dia mempunyai tiga pembantu rumah. “Saya sendiri yang akan mandikan Elena dan membersihkannya. I have trust issues. Apabila buat sendiri baru saya puas hati. Begitu juga dengan kerja-kerja rumah. Pembantu rumah hanya membantu saya. Mungkin saya tidak diasuh menjadi diva. Percayalah sekiranya anda lakukan sesuatu perkara itu sendiri, anda akan berasa puas hati.”

 

Bercerita soal pembelajaran Elena, Siska bercita-cita untuk menghantar anaknya di sekolah yang asasnya adalah agama. “Suami berhasrat agar anak kami ini bergelar hafizah satu hari nanti. Insya-Allah. Me and my husband want her to have a strong Islamic roots, tetapi kami tidak akan menghalang cita-cita Elena dewasa kelak. If she wants to be a chef, make sure she’s the best chef,” ujarnya lagi.

 

Apa yang pasti, Siska berpegang teguh pada prinsipnya yakni untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya. Katanya bagaimana dia bersiap cantik di luar begitu jugalah dia di rumah. Dia lebih suka berhias-hias cantik untuk suaminya dan mengenakan wangi-wangian. “Mengapa kita boleh bersolek dan pasang badan untuk ke parti tetapi tidak untuk suami sendiri? Be the wonder woman for our husband, ladies!” Teriaknya penuh ekspresi. Sebelum mengandung Siska sangat aktif di gimnasium. Kini dia terpaksa berehat seketika kerana menyusukan Elena. Pun begitu dia tetap menjaga pemakanan. “Petua saya be a morning person, bangun pagi terus minum segelas air suam. Dan sarapan saya sangat ringan seperti yogurt atau bijiran. Tengah hari dan malam biasanya saya akan makan nasi dalam porsi yang sederhana.”

 

Asyik saya mendengar wanita ini bercerita mengenai rutin hariannya terutama bab di dapur. “Saya sangat suka memasak. Dari pagi hingga ke malam saya akan senang hati berada di dapur menyiapkan makanan untuk suami. He will come back home just for lunch! Suhaime suka makanan kampung,” ujar Siska lagi dan dia handal dengan masakan asam pedas serta masak lemak cili api kerana kedua masakan itu adalah kegemaran suaminya. Setiap hari dia akan masakkan satu menu khas untuk Elena dan satu lagi khas untuk suami. Wanita ini juga akui cintanya pada suami semakin hari semakin menebal. Dia kalah dengan personaliti Suhaime Mahdar yang merendah diri, tinggi budi pekerti, penyayang, serta penyabar. “Kata orang wanita ini manja, salah! Suami sebenarnya lagi manja, justeru itu my hubby will always be my baby!”

See also
Raline Shah, Society Girl Turns Superstar

 

OBSESI FESYEN TENGKU SISKA Masih segar di rakaman minda saya melihat dress tube biru aqua bercorak marble potongan Cinderella yang dikenakan Tengku Siska Alisa sewaktu majlis Most Glam 2016 yang berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur. Ya, malam itu sosialit kota semua pasang badan dengan busana masing-masing, dan dress rekaan Datuk Rizalman Ibrahim begitu sempurna membaluti tubuhnya pada malam fesyen itu. The GLAM team agreed she’s one of the best dressed of the night!

 

Merisik cita rasa fesyen wanita anggun ini dia memiliki beberapa koleksi daripada jenama tersohor seperti Victoria Beckham, Roland Mouret, Lanvin, Marchesa, Valentino, Roberto Cavalli, Mary Katrantzou dan beberapa lagi jenama yang memenuhi geroboknya. Helaian apa yang paling mahal you pernah beli? Saja saya memancingnya. “Haha… mungkin Lanvin. Pertama kali saya melihat dress merah itu saya terus jatuh cinta. Saya beli di Dubai untuk sambut Tahun Baharu di sana, I’ve only worn it once and I have never since, kerana tidak ada majlis yang sesuai untuk dress itu.” Berapa harganya? Puas saya memujuknya. Akhirnya sambil menutup muka, dia menjawab perlahan barangkali tidak mahu saya menangkap wajahnya yang memperlihatkan rasa bersalah. “RM20 puluh ribu lebih,” saya hanya mampu menjawab dengan reaksi mulut terlopong sahaja! “Kalau saya stres, saya akan berlari ke walk-in closet, dan melihat setiap helaian, tas tangan dan sepatu yang tersusun kemas mengikut label dan saya akan terseyum sendirian selepas itu. You know what, it’s like therapy!” Sambungnya sambil ketawa nakal. Dan puterinya Elena yang kini berusia dua tahun tidak terlepas menyarungkan helaian-helaian mewah seperti ibunya. Dolce & Gabanna Junior, Baby Dior, Young Versace, Roberto Cavalli Junior, Fendi Kids, dan Moschino Kids memenuhi ruang closetnya. Untuk sepatu Tengku Siska obses membelikan Elena jenama N21, Minna Parikka dan Sophia Webster kerana rekaannya yang comel untuk si cilik.

 

Kecintaannya bukan hanya tertumpu kepada adibusana, tas tangan dan kasut mewah malah Tengku Siska turut suka mengumpul jam dek kerana terpengaruh dengan hobi suami. Mata saya pantas melirik jam tangan yang melingkari pergelangan tangannya hari itu. Audemars Piguet. Saya mengeja label yang tertera pada permukaan jam yang dikelilingi dengan berlian. “Hadiah daripada suami sempena melahirkan Elena,” jawabnya sebaik menangkap lirikan mata saya. Apa lagi yang you suka? “I love fast cars.” Pendek jawabnya tapi tahulah saya dia gemarkan kereta sport yang berkuasa tinggi. Wish list Siska untuk 2017 adalah Aston Martin.

See also
Most GLAM 2016: The Digital Generation, 10 Wanita Yang Mendefinisikan Glamor Era Digital

 

Dalam setahun pasti dua atau tiga kali Siska terbang ke luar negara bersama keluarga. Menurutnya percutian itu penting untuk merehatkan minda, menambahkan ilmu dan merapatkan silaturahim sesama keluarga. Dan mengenali dirinya, tentu kembara wanita ini penuh dengan gaya. Jurusolek dan jurudandan wajib dibawa untuk pastikan dia sentiasa cantik sepanjang percutian. “Dubai, Mykonos, Capri, Amalfi Coast dan Positano adalah destinasi yang saya kunjungi lagi dan lagi. Syarat paling penting setiap kali berlibur, kamar hotel harus besar dan selesa. Dan jika ke pulau, kamar hotel mesti menghadap lautan!” ujarnya yang bakal ke French Riviera Julai nanti.

 

MAKANAN BAYI & KANAK-KANAK Siska akui semenjak mempunyai zuriat sendiri baru dia faham naluri ibu yang mahu semuanya terbaik untuk si anak yang dikandung penuh sabar selama sembilan bulan. Jadi dia amat prihatin dengan pemakanan Elena kerana pemakanan yang sihat dapat menjamin tumbesaran yang sempurna pada anak. Tambah pula zaman sekarang setiap penyakit puncanya dari corak pemakanan yang tidak sihat, jadi Siska ingin mendedahkan pemakanan yang sihat pada anak sejak bayi lagi.

 

“Teman-teman yang rapat cukup tahu yang saya suka memasak. Dan kehadiran Elena dalam hidup, saya banyak bereksperimen dengan pemakanan kanak-kanak. Saya mahu dia mendapat nutrisi yang secukupnya dan bukan disogok atau dimanjakan dengan pemakanan yang tidak sihat. I will create something creative for her and at the same time, boost her appetite. Misalnya buat pie ayam bentuk bulan dan bintang atau buat smoothie sayur agar dia mendapat zat daripada sayur-sayuran. I think it’s an achievement for me to create the right food for baby and toddler. Elena menjadi sumber inspirasi saya untuk memulakan perusahaan pemakanan khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Saya memahami perasan busy moms yang tidak mempunyai masa menyediakan makanan berkhasiat untuk anak tetapi mahu si kecil mendapat pemakanan yang terbaik. Kerana itu perniagaan yang sedang saya usahakan ini sesuai untuk para ibu yang mahu makanan yang terbaik untuk anak-anak tanpa perlu pening kepala memikirkan menu si anak. It could be a frozen food supply that can last for one week. Saya akan tetapkan menu si anak itu daripada pagi hingga malam. Insya-Allah doakan perniagaan saya ini mendapat sambutan buat ibu-ibu yang sibuk!”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mei 2017