Wangian Mewah Issey Miyake Di Lazada - Glam Malaysia

Wangian Mewah Issey Miyake Di Lazada

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Issey Miyake kini berada di pasaran LazMall menerusi barisan koleksi eksklusif wangian cukup ikonik.

Shiseido Asia Pacific membawakan Issey Miyake untuk berkolaborasi bersama Lazada, platform e-dagang paling digemari warga Asia. Apa yang lebih menarik kolaborasi istimewa ini terlanjut sehingga serata Asia Tenggara termasuklah proses logistik  dan juga menawarkan servis sama seperti membeli-belah secara fizikal.

POTRET ISSEY MIYAKE
POTRET ISSEY MIYAKE

Tabiat membeli-belah secara dalam talian warga Asia Tenggara ini antara tertinggi dunia. Kolaborasi bersama Issey Miyake dilihat sebagai platform cukup mudah dan cepat. Malah lebih memahami kehendak konsumer digital.

Artikel berkaitan GLAM 101: Magis Wangian

Antara barisan koleksi signature yang terus menjadi pilihan masa kini. Cukup ikonik nan tersendiri. Antaranya wangian L’Eeau d’Issey bakal menjadi tumpuan terutama generasi muda masa kini. Menurut Nicolas Baudonnet, Vice President of Fragrance, Cosmetics & Personal Care, Shiseido Asia Pacific, “ Terdapat kisah menarik disebalik kejayaan haruman ikonik L’Eeau d’Issey sejak 30 tahun lalu. A vision was to give a smell to water dan kembali memperkenalkan aroma ikonik ini kepada pembeli Lazada. Kami juga ingin berikan pengalaman paling terbaik untuk anda dengan pelbagai tawaran menarik dan servis di luar jangkaan melalui LazMall.

See also
Rawat Wajah Bersama ELEMIS BIOTEC

Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi laman Issey Miyake LazMall Flagship Store dan pilihlan wangian idaman anda.