Jenama penjagaan kulit wajah terbaik Jepun, SK-II hadir dengan rekaan warna botol terbaru untuk PITERATM Essence sempena meraikan musim percutian.
Larikan diri dari kesibukan duniawi! Tumpukan pada penjagaan diri dan ekspresi diri dengan kekal sinar luaran dan dalaman. Untuk musim festival tahun ini, SK-II memperkenalkan set penjagaan kulit wajah istimewa, HyperFestive Limited Edition Design PITERATM Essence. Uniknya mengenai rekaan botol esen ini adalah pilihan warna neon merah dan hijau yang melambangkan berani dalam mengekspresikan diri. Kempen khas ini juga membawakan dua duta Global SK-II iaitu MINA ahli kumpulan TWICE dan penyanyi, penulis lagu dari China, Leah Dou.
SK-II PITERATM Essence merupakan produk penjagaan wajah paling laris dunia kerana kandungan semula jadi dan proses pembuatan yang unik dan klasik. Turut digelar “Air Ajaib” oleh wanita seluruh dunia kerana keupayaannya membuat kulit wajah sejernih kristal. Set eksklusif SK-II HyperFestive Limited Edition PITERATM Essence boleh didapati di setiap kaunter rasmi SK-II, laman LazMall dan Sephora Malaysia bermula 15 November 2022 sehingga stok masih ada.