Metalik & Kuku Pendek, Ini Trend Manicure Tahun 2024 Mesti Anda Tahu
Tahun baru, segalanya tentang diri juga haruslah baharu! Azam kami adalah untuk mencuba gaya manicure yang lebih fresh berbanding tahun sebelumnya!
Setiap kali tahun baru menjengah, pasti akan hadir sekali dengan azam hidup yang baharu. Bagai menghirup udara yang baru, semuanya seperti ingin di restart semula. Mungkin bukan ingin mengubah diri, namun mahu menjadi yang lebih baik berbanding sebelum ini. Ini termasuklah daripada segi gaya hidup, pemilihan fesyen yang lebih ‘kena’ dengan personaliti diri serta pelbagai lagi.
Saya pernah bertanyakan pada teman-teman, apakah azam tahun baharu mereka? “Sebagai permulaan, I hendak mendapatkan gaya rambut yang baru serta manicure yang lebih segar!”, “I pula nak mencuba gaya yang lain daripada yang lain!”
Berbicara tentang manicure, kami yakin semua wanita di luar sana sukakan rawatan ini. Ada yang sudah menjadikan ia sebagai rutin bulanan untuk memastikan kuku kekal cantik, bersih dan terjaga rapi. Namun, buat yang gemar bereksperimen dengan nail arts, sudah pasti bosan memikirkan gaya apa lagi yang boleh di cuba buat kuku mereka, bukan?
Stay tune, GLAM bakal mencedok dan merumuskan antara trend manicure yang bakal trending tahun 2024 berdasarkan kata-kata pakar kuku antarabangsa.
Nafas Baru: Trend Manicure Kuku Pendek, Metalik, French Manicure…
Menerusi satu temu bual bersama pakar kuku juga duta global OPI, Iram Shelton, yang berkongsi dengan Who What Wear, bahawa kuku pendek berpetak bakal menjadi pilihan ramai untuk tahun 2024? Ya, tiada lagi trend kuku panjang mendominasi dunia manicure. Kali ini tampil lebih bersih dan memberi definisi potongan kuku yang lebih kemas, minimal dan klasik. Malah, kuku pendek ini sebenarnya menyuntik karakter ‘old-money look‘ pada keseluruhan gaya si pemakai.
Tidak dilupakan, riasan french manicure turut mendominasi dunia kuku tahun ini. Ia tidak akan pernah lupus daripada trend saban tahun, namun tekniknya ada sedikit berbeza berbanding biasa untuk tahun 2024 ini. Ramai yang menjangkakan trend yang lebih kreatif untuk nail art gaya klasik ini.
Buat yang sukakan kuku penuh statement, anda boleh mencuba gaya metalik buat gaya terbaru anda tahun ini. Bukan sekadar metalik biasa, palet metalik yang bermain dengan rona perak berkemilau ini banyak menjadi pilihan generasi muda kini. Selitkan gaya 3D, berikan kemasan yang lebih dinamik, pasti segalanya tampak lain yang lain untuk kuku anda!
Idea Nail Arts Untuk Manicure Anda Tahun 2024 Ini
#1 Glazed Donut French Manicure
Gambar: Pinterest
#2 “Old-Money” Short Nails
Gambar: Pinterest
#3 Metalik 3D
Gambar: Pinterest