Trend Cantik Pilihan Gen Z Viral di TikTok Wajib Anda Tahu - Page 2 of 4 - Glam Malaysia
Trend Cantik Pilihan Gen Z Viral di TikTok Wajib Anda Tahu

Trend Cantik Pilihan Gen Z Viral di TikTok Wajib Anda Tahu

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Skin Cycling

Menjadi bualan ramai apabila seorang pakar dermatologi luar negara, Dr. Whitney Bowe, yang menjadi viral kerana berkongsi tip penjagaan wajahnya iaitu sejenis teknik yang dinamakan skin cycling! Ramai yang telah mencuba trend cantik ini kemudian terpegun dengan hasilnya. Mereka umpama tidak percaya dengan kesahihan tip ini pada mulanya namun setelah beberapa hari mencuba, mereka terus nampak akan hasilnya. Skin cycling menurut Dr. Whitney adalah sejenis rutin penjagaan wajah yang diamalkan pada sebelah malam. Di mana tekniknya dimulakan dengan mengutamakan produk exfoliating (malam pertama), produk retinoid (malam kedua), produk berunsur rawatan pemulihan (malam ketiga dan keempat), dan malam seterusnya mengulangi teknik yang sama. 

@drwhitneybowe

♬ Running Up That Hill (A Deal With God) – Kate Bush