Toner Wajah Ini Buat Kulit Wajah Lembut Segera - Glam Malaysia
Toner Wajah Ini Buat Kulit Wajah Lembut Segera

Toner Wajah Ini Buat Kulit Wajah Lembut Segera

Bukan sebarangan toner! Aesop Immaculate Facial Tonic adalah keperluan utama dalam rejim penjagaan wajah siang dan malam.

Aesop hadir dengan solusi terbaik bersama toner wajah yang menggabungkan kegunaan pengelupasan kimia lembut dan diperkaya dengan vitamin untuk membantu kulit lebih imbang dan halus. Seperti kebiasaan toner yang digunakan selepas membersih wajah, Immaculate Facial Tonic ini adalah produk terkini Aesop yang memberi pengalaman berbeza.

Toner wajah Aesop ini bukan sahaja menyediakan kulit untuk penghidratan selanjutnya malah ia merupakan tambahan terbaru dalam rangkaian Skincare+. Immaculate Facial Toner ini adalah kali pertama menggunakan pelbagai vitamin utama seperti B3 dan Provitamin B5 dalam formasi Niacinamide dan Panthenol. Turut disokong dengan ekstrak Mucor Miehei yang memberikan pengelupasan kimia lembut. GLAM menemubual Pengarah Penyelidikan & Pembangunan Aesop, Samy Hamada.

 

Sembang Cantik Bersama Pengarah Penyelidikan & Pembangunan Aesop, Samy Hamada

Samy Hamada

Mengapa Immaculate Facial Tonic diangkat istimewa berbanding produk toner yang lain di Aesop?

Produk ini ialah produk Toner dan pengelupasan pertama dalam rangkaian Skin Care+ manakala toner Aesop yang lain berada dalam rangkaian penjagaan kulit klasik. Kehadiran ramuan pengelupasan kimia yang lembut seperti Ekstrak Mucor Miehei juga digunakan buat kali pertama dalam rumusan Aesop.

See also
Trio Serum Laneige Rahsia Awet Muda

Ekstrak Mucor Miehei ini memberikan pengelupasan lembut (kimia) dan penghidratan yang diperkaya vitamin dalam format toner. Vitamin terpilih, humektan, bahan botani dan enzim pengelupasan disertakan untuk mengimbangi, menambah, melembutkan dan menghaluskan tekstur dan penampilan kulit.

Lebih dua dekad sejak pelancaran toner pertama kami iaitu Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Toner yang dikeluarkan pada tahun 2002. Kini, Aesop kembali memperkenalkan Immaculate Facial Tonic dan tambahan baharu kepada rangkaian Skin Care+.

Adakah Toner ini selamat digunakan untuk kegunaan harian dan faedah utamanya dalam memperbaiki kulit wajah?

Immaculate Facial Tonic ialah tonik pengelupasan kegunaan harian yang lembut, diperkaya dengan vitamin dan bahan penghidratan untuk menambah penghidratan. Ia dirumus untuk meratakan penampilan dan menghaluskan tekstur kulit serta sesuai dengan pelbagai jenis kulit. Ia telah dirumus untuk memenuhi keperluan kulit normal hingga kering, dehidrasi dan matang, memberikan sifat pengimbangan dan penghidratan dengan rasa kulit yang menyegarkan dan kemasan yang lembut dan ringan.

Tujuan utama produk ini adalah untuk memberikan pengelupasan lembut (kimia) dan penghidratan yang diperkaya vitamin dalam formasi toner.

See also
Gaya Rambut 'Bangs' Anna Jobling, Eyka Farhana Pilihan GLAM Bulan Ini

Aesop Immaculate Facial Tonic

Bagaimana anda meluahkan idea toner pengelupasan ini dan apakah proses inovasi disebaliknya?

Selepas pelancaran Sublime Replenishing Night Masque, dan kajian semula pendekatan kami yang lebih luas terhadap rangkaian Skincare+ secara keseluruhan. Setelah mencapai asas yang jelas dan stabil yang memiliki ciri-ciri utama yang diingini dari segi rasa dan kemasan kulit, ujian lanjut telah dijalankan untuk menilai pelbagai kombinasi bahan, termasuk bahan pengelupasan yang sangat penting. Kunci kepada ujian ini ialah memahami dan menavigasi keperluan bahan-bahan ini untuk menyokong kestabilan dan keberkesanan optimumnya dan memastikan faedah yang bermakna dan positif untuk kulit.

Hasilnya ialah formulasi yang menawarkan faedah pengelupasan bersama vitamin yang diperkaya, menambah penghidratan adalah bersesuaian dengan tempatnya dalam rangkaian Skin Care+. Saya yakin Immaculate Facial Tonic akan mendapat pengikut setia di kalangan pelanggan baharu dan sedia ada, mencari formulasi yang diperkaya vitamin untuk meningkatkan rejimen penjagaan kulit mereka.

Artikel berkaitan Ritual Mandi Yang Menyeronokkan Dengan Sabun Bar Aesop

Apakah rejim penjagaan sesuai untuk Immaculate Facial Toner?

Seperti toner di Aesop yang telah direka untuk kegunaan harian pagi dan malam. Immaculate Facial Tonic ini juga diaplikasikan pada kulit yang sudah dibersihkan. Ini rejim yang boleh diikuti seperti membersihkan wajah siang dan malam menggunakan Parsley Seed Facial Cleansing Oil, Purifying Facial Cream atau Gentle Facial Cleansing Milk yang telah dirumus untuk masalah kulit kering, dehidrasi atau matang. Dua kali seminggu, gunakan Parsley Seed Cleansing Masque untuk membuang kekotoran wajah secara mendalam. Selepas itu, gunakan toner dan percikkan atas telapak tangan atau pad kapas sapu pada muka dan leher.

See also
Meraikan 14 Februari Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton

Seterusnya, pelembap wajah adalah mengikut keperluan individu samada menggunakan Perfect Facial Hydrating Cream, Parsley Seed Anti-Oxidant Facial Hydrating Cream, Parsley Seed Anti-Oxidant Hydrator, Camellia Nut Facial Hydrating Cream atau Seeking Silence Facial Hydrator yang akan memberikan kelembutan dan sesuai bersama Immaculate Facial Tonic.

Terakhir sapukan Exalted Eye Serum atau Parsley Seed Anti-Oxidant Eye Cream untuk menyediakan penambahan semula yang disasarkan untuk kulit halus di sekeliling mata.

Aesop Immaculate Facial Tonic

Bagaimanakah keseimbangan ditemui antara pengelupasan dan penghidratan?

Memandangkan tujuan produk ini untuk menangani keperluan kulit normal hingga kering, dehidrasi dan matang. Formulasi yang terhasil berjaya mengimbangi faedah pengelupasan dengan menambah penghidratan dalam format penggunaan harian yang menyeronokkan untuk digunakan.