Tiga Produk Melengahkan Penuaan Decorte - Glam Malaysia

Tiga Produk Melengahkan Penuaan Decorte

Siapa pun, tanyalah kepada lelaki atau perempuan semuanya mahu hayat wajah muda mereka dilanjutkan sampai bila-bila. Tapi fitrah alam tiada siapa bisa menidakkan, tapi masih ada cara untuk memperlahankan proses penuaan kulit. Jika kena cara dan rajin membelai kulit, selain dapat dilambatkan kesan penuaan, tanda-tandanya juga boleh disamarkan. 

Decorte, jenama penjagaan kulit tersohor cuba merealisasikan impian semua menerusi rangkaian Decorte Lift Dimension Anti-Aging Brightening Care. Rangkaian yang dicipta khusus dalam ‘menarik’ dan menegang’ semula kulit. Jika ikut tagline nya, Decorte mahu memudakan wajah dengan struktur tiga dimensi. 

Rangkaian ini bertitik tolak dari kajian yang Decorte jalankan dalam mengkaji faktor-faktor penuaan yang mana hasil pencarian mereka didapati antara punca penuaan utama ialah tekanan persekitaran dan juga tabiat gaya hidup yang memberi kesan kepada lapisan dermis dan epidermis kulit. Antara-antara faktor ini secara spesifiknya ialah tidak cukup tidur dan cahaya UV yang membuatkan kulit wajah nampak penat, kusam dan gelap (kurang seri). 

See also
Kenali Jerawat Dagu Dan Tip Merawatnya

Tidur yang tidak cukup sebenarnya boleh menyebabkan kulit menjadi ‘kuning’ yang akhirnya membuat ia tampak kusam. Tambah teruk apabila kulit tidak dilapisi dengan krim tabir suria apabila berada di luar. Dan biasanya bila usia meningkat penghasilan melanin akan lebih banyak lantas menyebabkan wujudnya tompok-tompok gelap dan akhirnya kulit hilang keseriannya. Peningkatan usia juga membuatkan kulit makin kurang keanjalannya.

Dalam menangani isu penuaan kulit ini, para pengkaji kecantikan di Decorte bersepakat menyatukan manfaat buah nona bersama ekstrak kulit oren Ponka dan menyatukannya dengan ekstrak buah ros, ekstrak akar ginseng Panax dan juga kolagen tripeptide (CTP). Buah nona misalnya mewah dengan vitamin, potasium dan asid amino yang brtindak menghidarkan kulit menjadi kuning. Ekstrak kulit oren pula tinggi kandungan antioksida dan bagus dalam menggalakkan pengaliran darah selain melembapkan kulit. 

Artikel Berkaitan: 5 Varian Chanel N°5

Tiga Produk Melengahkan Penuaan Decorte

TIGA PRODUK DALAM RANGKAIAN

Lift Dimension Brighten + Plump Emulsion Lift Dimension Brighten + Plump Emulsion ER (Extra Rich). Gunakannya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Titiskan dua pam pada kapas muka dan usap pada muka. 

See also
Tip Mudah Jaga Mata Harus Anda Amalkan

Lift Dimension Brighten + Replenish Lotion Lift Dimension Brighten + Replenish Lotion ER (Extra Rich). Selepas gunakan emulsin, gunakan pula losen ini. Rendam atau basahkan kapas muka dengan losen ini dan kemudian tepuk lembut pada wajah. Lakukan berulang-ulang sehingga wajah diliputi dengan kebaikan losen ini.

Lift Dimension Brightening Rejuvenating Cream. Gunakan pada waktu malam sahaja. Ambil krim ini dalam sebesar saiz biji mutiara dan titikkan pada bahagian dagu, pipi, hidung dan dahi. Kemudian ratakannya pada seluruh wajah. 

Artikel Berkaitan: Dr. Barbara Sturm, Skincare Pilihan Gigi Hadid Kini Di Malaysia