Terbelai Jiwa Bersama Haruman Tiffany & Co. Rose Gold Eau De Parfum - Glam Malaysia

Terbelai Jiwa Bersama Haruman Tiffany & Co. Rose Gold Eau De Parfum

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bicara kisah kembara anda bersama evolusi terbaru koleksi wangian daripada Tiffany & Co. menerusi Rose Gold Eau de Parfum. Komposisi olfaktifnya membawa tenaga berbeza.

Tiffany & Co. memperkenalkan sebuah kisah terbarunya melalui ciptaan serba evolusi yakni Tiffany & Co. Rose Gold Eau de Parfum. Haruman baharu ini menangkap semangat optimistik malah turut memberi inspirasi kepada dunia menerusi Rose Gold. Dan juga sebagai penghormatan kepada Tiffany & Co. yang cukup terkenal dengan potongan berlian ikonik.

Siapa sangka nota wangian utama gabungan buah kismis hitam bersama lada merah jambu dan buah laici membawa kepada haruman cukup inovatif. Aromanya cukup semarakkan semangat bertenaga kala dilayangkan. Rekaan pakar haruman, Jerome Epinette of Robertet ingin tampilkan kelainan dan tersendiri. Ramuan ini terus berganding bersama blue rose accord, iaitu bunga hibrid dari Jepun. Aroma bunga ros yang berada di tengah-tengah lapisan nota ini diperhalusi bersama campuran biji ambrette dan deep musk, iris sebagai pangkal utama. Warna biru bunga ros sempena ilham signature warna Tiffany.

See also
Kulit Bebas Cela Walaupun Berada Di Rumah

Setiap ramuan tergabung indah di dalam sebuah kelalang kaca bercahaya terselang bersama komposisi berwarna merah jambu cipta ilusi persis reka bentuk barangan kemas emas merah Tiffany & Co. Manakala reka bentuk botol ini mengambil inspirasi daripada potongan berlian lagendanya. Perincian ditekankan di setiap sudut botol terutama pada bahagian bawah dan bahu. Setiap perincian teliti ini lambang mengapa ianya terlalu istimewa dan menonjolkan ilham hasil pertukangan luar biasa. Keseluruhan reka bentuk botol tampil ciri utama daripada haruman hinggalah ilham ikonik logo Tiffany & Co. Pembungkusan Tiffany Blue® klasik juga diimaginasikan semula dan dicelup dalam emas metalik mawar.

Wajah kempen model terkemuka Fei Fei Sun, Kristina Grikaite dan Anok Yao ibarat menjelma sebagai semangat haruman penuh bertenaga dan kontemporari. Sisipan ilham kempen ini dirakam oleh jurugambar lagenda Steven Meisel dalam menangkap tenaga magnetik emas mawar yang elegan. Ilham solekan dan dandanan daripada jurusolek terkenal Pat McGrath dan pendandan rambut Guido Palau. Untuk runut bunyi eksklusif kempen ini, Tiffany memilih artis baru, Nina Nesbitt menerusi lagu All You Need Is Love.

See also
Palet Warna Sempurna Buat Wajah

Artikel berkaitan Rahsia Wangian Kekal Abadi

GLAM berkesempatan untuk menemuramah bersama Jerome Epinette of Robertet mengenai aspirasinya terhadap Tiffany & Co. Rose Gold Eau de Parfum.