Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun Henson belum memuat naik sebarang foto atau video salun miliknya, dia rajin berkongsi video mengenai rangkaian penjagaan rambut di Instagram. Video tersebut dirakam di dalam salun yang dipenuhi produk jenamanya.
Tidak menghairankan kerjaya Henson dalam industri seni akan mendorongnya untuk melancarkan jenama penjagaan rambut sendiri. Jelas pelakon itu, minatnya dalam bidang kecantikan bermula sejak dia berusia tujuh tahun lagi.
Ketika itu dia baharu sahaja menjumpai alat solek milik ibunya. Dia kemudian mengenakan pembayang mata rona biru, gincu mahogani dan penggaris bibir rona gelap untuk mencipta solekan penuh attitude.